Tuesday 8 March 2016

sejarah perjuangan dengan kawan-kawan

Assalamualaikum.
Harini nak update tentang persahabatan. Beruntungnya orang yang ada sahabat sejati depan mata, sahabat sejati yang sentiasa di sisi, sahabat sejati yang berkongsi masa, katil dan semua benda tanpa perlu segan dan sahabat sejati yang tak malu nak buat benda gila sama-sama.

kisah persahabatan aku bermula dari zaman tadika. azimah nama dia. dia ni lah satu-satunya kawan aku yang pernah kenal arwah mak aku. pernah bersembang dengan mak aku dan pernah merasai kebaikan mak aku walaupun mungkin dia tak ingat dah. sebab bendanya berlaku 17/16 tahun dulu. lama. aku pun ingat-ingat lupa muka mak aku apatah lagi dia.

kemudian naik sekolah menengah aku bergaul dengan ramai orang. aku pernah ada kawan nama dia mia. mia ni budak hot but humble. dia ni indie. tak layan lelaki sangat. aku suka kawan dengan dia. sebab dia suka bawak unsur falsafah ke-indie-an dia tu dalam persahabatan kami. tak poyo, tak suka jaga tepi kain orang, tak suka ikut apa orang lain buat. sebelum aku kenal dia aku pernah doa pada tuhan tolong jumpakan aku kawan yang sanggup menjalani kehidupan ni sama-sama. ceh poyo gila doa aku dulu. tapi takpelah semua orang ada poyo masing-masing.

dan pop, Allah bagi aku mia. sebab tu aku rasa persahabatan kami ni atas dasar kasih sayang tuhan yang Dia anugerahkan supaya aku sedar bahawa berkawan dan berjanji ni adalah suatu elemen yang kita tak boleh lawan. kita tak boleh terlalu memilih kawan sebab kita tak tahu siapa yang akan tolong bila kita susah. dan kita juga tak boleh sesenang hati berjanji sesuatu yang tak pasti semata-mata untuk memuaskan perasaan  masing-masing. lebih kurang bila kita berjanji, kita yang rugi kalau salah seorangnya gagal melaksanakannya.

berbalik kepada aku dengan mia, kami berkawan tak sampai setahun, bila dia tinggalkan aku terkontang kanting dengan janji dia supaya kami sama-sama tak payah buat homework english sebab malas punya pasal. tengok-tengok aku kena face sorang-sorang sebab dia pindah sekolah sebelum sempat teacher mintak homework tu. maksudnya dalam kelas BI tu, dia cakap dekat aku dia nak pindah sekolah. ayah dia dah datang. bayangkan dunia aku macam mana time tu. sebab benda first aku fikir, homework BI tu. matilah kena marah sorang-sorang. pasal kehidupan aku selepas dia pindah tu, aku belum fikir lagi. malam tu barulah cari toilet lepaskan semua geram. duduk asrama, mana lagi nak nangis kalau bukan toilet.

nyaris tak kena marah, sebab teacher tak kira jumlah buku yang dah di submit, mungkin dia percaya semua student dia buat kot. tapi aku perasan SPM aku B sebab teacher pernah cakap something antara homework tu dengan SPM. ataupun teacher tahu aku tak hantar tapi dia malas nak ambil pusing sebab aku bukan student pilihan sekolah pun. hm. takpelah abaikan.

kemudian aku naik diploma. dekat sini dunia persahabatan sebenar muncul. dekat sini aku kenal put, min, jah dengan tiq. diorang ni lah warna-warni kehidupan aku time tu. (again: poyo). dan juga ramai lagi kawan-kawan Tapah. Malangnya setiap orang ada minat masing-masing, ada life masing-masing dan ada ability masing-masing. juga mereka ada kawan masing-masing to make their life more colourful. sebab tu kami semua berpisah di degree. no one follows each other. terus-terang aku cakap, aku rindu zaman diploma sebab mereka. zaman diploma zaman kegelapan aku. sebab arwah opah meninggal dunia in the middle of that time being. tapi syukur kerana masa yang ada kami gunakan untuk kenal jiwa dan budi masing-masing. so at this here and now and next, if we meet again, no awkward moment can interrupt us.

sama jugak dengan degree, aku bersyukur walaupun masuk sini tanpa sorang pun aku kenal, tapi aku berjaya jumpa ramai kawan yang baik, lovely housemates, classmates yang boleh count on kalau ada problem dalam particular subject, yang tak kedekut ilmu yang boleh tegur kalau jumpa kat mana-mana, semua tu blessed. im so honoured to know them.

everyone has their own friends like me. BFF, wifey, darling and whatsoever people called, it was very liveable. someone that know us very well rather than our family. someone that we can lean on if something bad happen to us. walaupun susah mana pun kita jangan lupa sahabat yang pernah sama-sama tolak kita bangkit untuk mencabar kehidupan yang maha payah ini. lagipun banyak kawan aku mengeluh, diorang ada kawan yang bila susah cari kita bila senang lupa kita. aku pun pernah hadapi benda yang sama jugak. tambah-tambah bila seseorang tu ada something yang lebih dari orang lain, seperti kekayaan, kecantikan kepandaian dan sebagainya mulalah ramai nak kawan sehingga kita tak tahu mana yang ikhlas dan mana yang ingin mengambil kesempatan.

sebagai manusia aku rasa benda tu normal sebab bila kita cermin balik diri kita, entah-entah benda tu pun kita pernah buat tanpa kita sedar. bergaul untuk menyelesaikan masalah sendiri tetapi lupa untuk berterima kasih dengan cara yang wajar. kita lupa sense tu. tak kisah cara untuk berterima kasih tu bagaimana walaupun sikit tapi bermakna seperti belanja makan ke, tegur dia bila terjumpa ke atau benda-benda yang relevan yang dia rasa kita anggap dia macam kawan. benda yang kita anggap dia penting. so that dia tak kan rasa diri dia hanya untuk dipergunakan.

so the core of this problem is ourselves. don't make your friend like they are a machine if you need them, you take it. but if you have no purpose, you leave it. that's not something our prophet ask us to do. lagipun sapa yang nak hidup dengan ada rasa serba salah kan. tak tenang jiwa raga. jadi korang, hargailah BFF dan kawan dan orang-orang disekeliling korang.

oh aku penah cakap dekat tiq, 'kalau tuhan pun dia boleh lupa time senang, apatah lagi manusia. jadi kalau kau nak cari kawan, cari orang yang ingat tuhan susah senang.' mcm deep je ayat aku kan. haha tapi tiq take it as a warming speech kot. haha. tak kesah lah janji tiq bahagia je tengok.

okay. dah lewat malam. so i need some rest for tomorrow schedule. not so padat sangat tapi rushing jugak la since class start on 8 a.m. so assalamualaikum.