Sunday 9 November 2014

jangan hakimi dia

assalamualaikum :)

dont judge book by its cover

korang mesti selalu dengar kan? agak cliche tapi inilah yang selalu dibuat oleh kita semua tanpa kita sedar. kita terlalu memilih unsur luaran sebelum memilih untuk menilai apa y ada didalam. 

"dia jahat, dia kejam, tapi...kau bayangkan, hidung dia, mata dia, kulit dia, mana mungkin aku nak tinggalkan dia" ahh, begitu pula. kecantikan y dia ada y pada pandangan kita (perempuan), berbeza, dilihat sebagai satu kuasa y agung y bisa menundukkan hati lelaki. hebat sangat ke sampai berlambak produk2 kecantikan kat luar sana tu ?

nah. ini y aku cuba nak cakap. cantik, tak bermakna dunia ni dia punya, hodoh tak bermakna dia bakal penghuni neraka. hey sedara tolong lah ubah mentaliti tu sikit. selama ni hidup bawah tempurung ye? sekali sekala keluar dari tempurung tu, tengok langit. jadi burung. luaskan pandangan itu. bukan suruh kau bunuh diri ke apa, tapi dunia sekarang makin mengancam kepada hukuman tanpa batas kepada manusia y punya kekurangan. dari kekurangan itu mereka mengambil kesempatan mencipta nama. 

caranya mudah, mula kutuk, condemn, maki kau sampai terasa 'aku takda tempat disini '. kemudian iklankan kat tv dengan ayat yang sedap2 yang manis2 yang palsu2 yang sebiji kena kat diri kau konon memberi harapan yang pasti palsu 100 peratus bersama testimoni yang sangat2 positif bersama perbandingan gambar y jelas menipu. 

kemudian kau y tengok ni, melompat dengan 1001 aksi ala2 ninja turtle capai segala buku bank y pasti bersungguh2 untuk dptkannya. 

dua bulan kemudian. sungguh kau cantik gila. semua terkejut. kau pun jalan menonggak dada. kalau y perempuan, seksi gebu. kalau yang lelaki, sado, hot, licin. cuba kau berhenti pakai produk tu, atau tukar produk lain, apa jadi ? 
cantik lagi ke ? 
duit dalam poket tu adakah kering, atau terlebih ?
itu lah dia tujuan mereka. mencari dan mengekalkan sumber kewangan. kalau berhenti kau hodoh, kalau tukar lagi hodoh. dan akhirnya mati bunuh diri. 

jadi semua ni bermula dengan pemikiran. kalau semua manusia tidak pandang rendah pada yang hodoh, tidak maki pada yang gemuk, tidak buli pada yang bodoh, memang yang hodoh jadi cantik, y gemuk jadi bahagia, yang bodoh terasa dilindungi. 

cukup lah kita sendiri yang meletakkan diri di tempat mereka. naluri kemanusiaan tu automatik wujud. dan rasa kasih untuk melindungi tu inshaAllah akan terbit dlm diri. Secara tak langsung, orang sekeliling kita punya nafas untuk terus hidup kat dunia ini y mereka rasa bagai tak layak menghirup udara disini.  

kita sendiri tiada idea bila nyawa akan ditarik, sudah menghukum bunuh sebilangan manusia?
hakikatnya syurga atau neraka bukan kita punya. masih ada hati berlagak dewa.

bahagia, cantik, baik semua tu subjektif. Allah cipta berbeza-beza seiring dengan penilaian manusia y berbeza-beza. sebab tu kalau y cantik jangan terlalu membangga macam kau laku sangat, pada y hodoh jgn terlalu merendah diri sampai tak tahu beza malam ke siang. 

put yourself on middle of line. not more to left or more to right. kat situ kau akan nampak. tak semua benci kau. tak semua sayang kau. tapi ada y boleh terima kau.  
sebab tu jangan mudah2 menghakimi manusia dari sudut luaran. kaji dulu jiwa dia. mana tahu dia penolong kau untuk melepasi ujian dunia yang penuh pancaroba ini? wallahualam 

satu walau bilangannya kecil, tapi kesannya mendalam pada banyak jiwa. inshaAllah. 

Sunday 2 November 2014

bab 1: enigma

dia lihat sekeliling. 
sepi. angin malam menyapa manja.
bersiul tanpa irama. sama. 
sekali sekala dia menguis tengkuk yang meremang.
bagai ada tangan ghaib yang menarik-narik romanya.
kadang2 terbayang-bayang jelmaan ifrit melayang-layang di kepala.
kadang2 bagai terdengar-dengar suara kenakalan 'mereka' bermain.
entah mahu menganggunya atau sekadar bercanda. 
dia tidak tahu.
tapi dia tidak peduli.
sudah lali dengan kawasan itu, sudah lali dengan permainan jin.
lagi pula dia tiada pilihan. suka atau tidak, dia terpaksa akur.

dengan helaan nafas yang panjang, dia mula menggali tanah. mulutnya terkumat-kamit membaca segala jampi serapah. mohon dilindung dari sebarang puaka. 

dua jam kemudian, dia siap menggali. baju di badan sudah hilang. dibuang akibat kepanasan. sementara menunggu pak kasim dan matain dtg, dia melepaskan lelap di bawah pokok meranti. pelita minyak tanah pula semakin malap dek hampir kekeringan minyak. 

kemudian dia tersedar. lenanya terganggu. dikejutkan sesuatu.

'ah sudah dia mahu bermain denganku! ' desis hati nya.
bersama pelita yang malap, dia suluh ke sekeliling. berkerut2 mukanya mencari bedebah y ganggu tidurnya.
'uuuu uuuu!' kuat beralun.
'bunyi apa tu?' bisik dia y bernama jailan dalam hati.
'matain!' 'pak kasim!' jailan menjerit memanggil nama rakannya.
tapi bunyi itu menyahut. makin lama, makin kuat. bagai mendekat sangat pada jailan.
'cis, mana pula bedebah ni, penipu. ah baik aku berambus! '
cepat2 dia keluar dari kawasan itu sebelum teragak2 berlari lebih laju. barang2 milik nya semua dipungut. takut ketahuan oleh orang kampung.

di atas dahan pokok meranti, tertenggek satu makhluk gelak galak melihat tingkah jailan. dia lah yang mengganggu jailan. niatnya untuk mencari makanan tergendala bila melihat jailan leka menggali liang lahad. melihat jailan berlintang pukang lari, makin kuat gelaknya diiringi hilai tawa. hodoh.mata tanpa kelopak, tersembul keluar, dengan gigi bertaring-taring panjang kehitaman, rambut mengurai kusut. bahkan hanya kepala sahaja tergantung-gantung tanpa badan dan kaki.

'hee hee hee' hilanya galak sambil terbang menuju suatu arah dan hilang ditelan pekatnya malam.

subuh keesokannya, kawasan tanah perkuburan itu menjadi tumpuan.
semua ternganga melihat mayat yang baru satu malam ditanam hilang.
tidak tahu siapa punya angkara, tiada sebarang tanda melainkan sehelai baju putih bercampur tanah dijumpai.

dari kejauhan berdiri jailan resah memerhati mereka. 'celaka, baju aku!' rengus nya sambil mengetap bibir.

-bersambung-


Saturday 1 November 2014

jodoh

yosh !
tajuk entry ni macam best je kan? jodoh. haha. aku bukan peramal nasib or what. tapi aku cuma share apa yang aku tahu, pendapat aku dan even my crush ? aha oh no. i dont have any. i just used to like him secretly but it disappeared. bush.

betul jah kata, kalau kita suka seseorang tu cuba jauh kan diri dari dia. saat tu kita tahu la, perasaan kita kat dia sebenarnya apa. seriously, dah lama2 ni, i am never stalk him on fb, and sometimes whatsapp! haha just nak tengok dia punya last seen bila. aha. tengok cuols nombor talipong dia pun i save tau padahal tak pernah borak pun. such a loser. kan? tapi alhamdulillah, sekarang aku memang tak ada one of kind feeling towards him. its over, btw, bukan jatuh cinta, cuma minat pada gaya dan tingkah dia, tu saja :))

ok lah. tajuk di atas sambung lain kali la ye. malas pulak nak teruskan menaip ni. nak dekat asar, aku rasa nak tidur kejap. ok bye2 lovely reader sekalian.