Friday 3 July 2015

Ayah 4

pagi itu seperti biasa, indha menyapu halaman rumah. Dedaun rambutan semakin banyak gugur memenuhi rumput di halaman.
Tidak dinafikan, cuaca memang terik sejak akhir-akhir ini.
walaupun dia duduk di kampung, tapi kesan dek operasi perkilangan yang semakin pesat di bandar memberi tempias pada kawasan luar bandar juga. tidak dapat indha bayangkan bagaimana suatu hari nanti bila kampung dia yang tenang dengan landskap gunungnya yang teguh, pepohon yang merimbun dan sungai yang jernih itu musnah pemandangannya.
apa lagi yang tinggal untuk anak-anak kecil dan generasi yang seterusnya mengenal semua ini?

indha tarik nafas. mengeluh. kemudian pokok rambutan yang terletak berdekatan pokok kekabu itu, ditenungnya lama.
 
'walau pun banyak manfaat kau bagi pada manusia, tapi manusia tak pernah sekalipun teringat untuk membalas jasamu, sabarlah wahai sang pokok, memang takdirmu begini, terimalah'

tetapi tanpa indha sedar, si pokok membalas;

'aku tak pernah mengeluh wahai manusia. hariku banyak dihabiskan untuk berzikir pada Allah, tapi aku kesian pada kaummu yang kedepan. aku takut kerana sikap manusia kini, mereka tak dapat merasai buah ku yang lazat apatah lagi untuk melihat ku secara langsung...'

lalu kedua-dua makhluk yang dihijabkan dengan kasyaf itu termenung memikirkan masa depan.

30 minit kemudian, posmen datang membawa sepucuk surat.
"surat untuk saya ke bang?"
"ha ni, nampak gaya macam surat dari universiti"
"biar betui bang?"
"ye lah, takkan aku nak tipu kot, banyak lagi kerja ni ha, ni tandatangan dulu....kim salam kat opah kau tau, aku pergi dulu"
"orait, terima kasih!"

Di bawah pohon rambutan, indha dengan tidak sabar nya membaca isi surat tersebut, tajuk surat sahaja sudah buat dia menjerit,

"opah!opah!, ni indha dapat sambung belajar!"
"opah!"

Tahniah anda telah berjaya menyambung pengajian di Universiti M dalam bidang Matematik Pengkomputeran. 

-bersambung-

Wednesday 1 July 2015

AYAH 3

indha ingat lagi, kira-kira 10 tahun yang lalu,
bagaimana reaksi opah bila tahu yang ayah dia akan kahwin lagi.
"ah, bapak kamu ni, jin apa merasuk entah, tiba-tiba nak kawen lagi, dengan janda anak tiga pulak tu, aku bukan apa, kalau nak kawen tu kawen la, tapi carilah yang takde anak. ni nak tanggung kamu, nak tanggung adik, nak tanggung anak dia lagi, banyak belanja tu, dia tu bukannya kaya sangat"omel opah sambil tangannya lagut mengacau lauk di dapur.
sebaliknya indha yang masih di sekolah rendah saat itu, terpana.
'yeke ayah nak kawen lagi?'
banyak persoalan di benaknya. tapi apakan daya dia untuk bertanya. dia masih kecil.
nak gembira atau sedih pun dia tak tahu.
"kamu okay ke indha ayah kamu nak kawen?"
tiba-tiba persoalan opah menyentaknya dari mengelamun.
"heh, ikut ayah la opah, indha nak tinggal ngan opah je" jawab indha sambil tersengih kemudian sambung membasuh pinggan yang penuh di sinki.
opah menggeleng seketika, kemudian mulutnya sambung mengomel. 
"untung kamu ilham, ada anak jenis tak reti nak bangkang." 
tapi memang itulah, indha cuma terkejut mendengar perkhabaran itu seolah-olah mendengar berita kemalangan ngeri dekat televisyen, sekejap cuma.
kemudian tiada apa-apa.
mungkin ini kesannya hidup dari kecil dengan opah buat dia hilang rasa sayang dan cinta pada ayahnya. tak macam orang lain yang ayahlah hero, ayahlah first daughter love dan segalanya yang menggambarkan betapa ayah adalah orang yang sangat hebat. 
memang seorang ayah adalah seorang yang hebat, tapi bukan ayah dia. 
ayah dia yang dia tahu lebih baik dari pakcik kasim yang menjual ikan kembung, ikan tilapia, sayur sawi dan kacang buncis lebih rm0.20 daripada harga pasaran kepada orang kampung-
mentang-mentang orang kampung tiada motor nak ke pasar, dia ambil kesempatan-
sekurang-kurangnya ayah dia jujur bilang mahu kahwin lagi, bukan begitu.
Walaupun 10 tahun berlalu, tapi itulah yang dipercayainya.
ayahnya seorang yang baik. 
sekurang-kurangnya itu satu kejayaan untuk opah kerana tidak pernah memburukkan menantunya pada cucu-cucunya.

-will be continued-