Wednesday 23 December 2015

life is lifeless if you always blame Him.

"pernah tak rasa benci pada diri sendiri? sampai semua orang di sekeliling kau, kau nak marah? paling teruk tuhan pun kau nak marah sebab jadikan kau macam ni?"
.
.
.
aku duduk atas bangku. depan aku meja. atas meja ada buku. ya aku study. tapi entah kenapa aku teringat pada laptop yang dah berhari bersawang dalam almari. jam pukul lima pagi. awal lagi. so aku masuk bilik, ambil laptop, tekan power button.
jejari aku laju menari atas touchpad tekan browser, taip facebook-enter, twitter-enter dan blogger-enter. done. tiga tab terbuka. tiga-tiga aku perlakukan adil dan saksama terutama sekali dari segi peruntukan masa.
kemudian sambil online dan setting profile akaun mana yang perlu, bluestack tak habes-habes pop up notification di sebelah. wechat has been installed, whatsapp has been installed dan akhir sekali clash of clan has been installed. oh lupa. sebelum masuk browser, aku masuk bluestack nak masuk wechat sebab nak copy entry ANDREA HIRATA yang entri sebelum ni. sebab aku publish entri tu dekat wechat sebab ada isu pada masa tu aku tak boleh nak masuk blog. so tau lah kan aku kalau tengah nak menulis tu, mana-mana pun boleh, dan juga install whatsapp since my phone buat hal. yang COC tu lama dah aku download dulu, tadi baru berjaya installed. haha
.
.
.
.
kemudian aku masuk blog, check button go to post list, and terjumpa ayat atas tu save dalam draft. memang aku nak continue balik tulis sambungan ayat tu, tapi perasaan tu dah hilang. aku tulis tu masa jiwa aku tengah memberontak. marahkan diri sendiri. tapi aku introvert bab perasaan ni. mulut pandai nafi, hati kata lain. because im a girl kan. so is not a big matter okay. tapi tengah menulis tu, iman tiba-tiba menegur, (alhamdulillah ada secebis iman), "perlu ke kau luah perasaan kau kat sini?" "tak malu ke, kutuk diri sendiri, then bagi orang lain baca?"
"menyalahkan tuhan is a big deal la dekna" (i called myself is dekna)
"its not your field to play for. i mean kau bukan ustazah, ilmu pun had mana je."
"even dalam penulisan pun, tapi ingat set your boundary"
kemudian nafsu aku pun macam bengang as always tak pernah sependapat dengan iman, dia kata la, "apa salahnya, kalau bukan dekat sini, kat mana lagi dia nak luah,"
"just open your mind la"
"zaman sekarang semua orang rileks je cakap pasal tuhan, ayat menyalahkan tuhan dah terlalu immune, dalam sajak, dalam puisi, dalam caption-caption gambar, dalam esei. so be the one takde masalah pun, orang dah tak heran la,"
"kau je yang cepat gelabah."
iman senyap. bagi masa pada aku.
nafsu menggelegak.
banyak lagi yang nak diledak.
tapi aku tahan.
aku fikir, kalau ayat menyalahkan tuhan dah jadi sesuatu yang immune, adalah satu masalah. sebab bagi aku tuhan adalah ekslusif kerana dia TUHAN semester alam. maha besar. so untuk berfikir menyalahi tuhan sangat tidak wajar dengan ilmu kita yang sedikit ni. Bayangkan bila kita kerap jumpa ayat yang mempersoalkan keberadaan tuhan, keadilan tuhan, kebijaksanaan tuhan, sekali memang takde apa-apa kesan, tetapi bila berjuta kali, percayalah bila kita ada masalah atau tak dapat raih cita-cita, kita pun akan jadi manusia yang suka menyalahkan tuhan. at last, kau terus lupa siapa tuhan kau sebab terlalu kerap mempersoalkan tuhan.

kemudian, aku nak sebar pulak aib aku, bila menyesal, aku salahkan tuhan. oh no, (nada: sarkastik) self-escapism terbodoh abad ini, you did wrong, you blame on others.
.
.
.
last-last, dengan self-esteem yang tengah down gila, dengan pemikiran yang agak berat jugak bagi aku, dan seribu satu perasaan kekesalan kerana ada hati meyalahkan tuhan, akhirnya aku tidur dengan lena dan lupa semua masalah dan perasaan aku yang memberontak tadi.

juga entri aku yang tergantung.

Bagi aku tak salah nak befikir macam tu, sebab aku pun terfikir jugak, tapi jangan tunjuk kat public and defense dengan seribu satu alasan dah la. Akan ada yang menyampah kerana nampak kebodohan disitu.

*smile*

tegur aku kalau salah.
sebab aku pun bukan pandai sangat.
sorry for the mess grammar and yeah everything.
:)

ANDREA HIRATA - part one-

Aku pernah Tanya ustaz, "ustaz, sapa penulis buku Indonesia yang paling ustaz minat?"
Ustaz jawab, "Andrea hirata, penulis laskar pelangi ".
"Kenapa?" Aku Tanya.
"Sebab penulisan dia terlalu terperinci sehingga katak di dalam kolam pun di ceritakan perihal nya".
Lalu sejak itu, aku cari ebook laskar pelangi, sebab aku bila mengagumi seseorang itu, akan aku kaji apa yang dia minat. Sebab aku ada niat nak jadi macam dia. Well, tiru bukan hipokrit, tapi adalah langkah. Kemudian kita cari identiti and stick on that. Itu prinsip aku dalam penulisan. Diulang, penulisan. 
.
.
.
Bukan Sahaja laskar pelangi, maryamah karpov, mimpi-mimpi lintang, dan banyak lagi karya andrea hirata aku download. Kemudian aku struggle habeskan bacaan depan laptop. Memang perasaan baca cerita Bergenre falsafah ni, mengantuk. Tapi lepas belajar filosofi, dia semacam cahaya pada setiap ayat yang kita baca akan wujud satu pemahaman yang lebih pada setiap
Pembacaan dan melahirkan keterujaan. 
Tapi betul apa yang ustaz cakap, karya Andrea hirata merangkumi semua bidang, yakni alam, manusia, ilmu pengetahuan am, ilmu fizik, mantik, linguistik malah mistik juga ada diterapkan. Sampai aku betul-betul terkesan dengan karya dia. Dan tak boleh move on dengan watak-watak yang ada sampai sekarang. 
Betul lah kata fatimah syarha (ke Fynn jamal, entahlah) "nak jadi penulis kena tahu semua benda". Ya, aku sedar sebelum dia cakap lagi, tapi nak belajar semua benda, hanya orang yang genius je aku rasa. Jadi aku nak betulkan untuk jadi penulis yang hebat kena tahu semua benda. 
.
.
.
Try baca sebelas patriot, dia ajar kau macam mana nak jadi patriot hanya dengan bola sepak. Well terlalu mainstream kan. Tapi dia ajar kau macam mana sebiji bola menggabungkan semua hal dari kuli ke vvip dari atheist ke agama, dari terpaksa ke keikhlasan. Mainstream jugak? Okay, ni part paling best bagi aku, bagi lelaki yang merasakan perempuan suka bola kerana fizikal pemain atau sekadar nak nampak cool di mata lelaki, takpe, this book will clear you up why women like football. Andrea hirata berjaya menterjemahkan dalam bentuk perkataan tanpa sebarang diskriminasi terhadap wanita, kau baca je. Sangat tak rugi. Oh Ye, aku bukan die hard fan bola, tapi aku fan pada semangat kesukanan, situasi, dan perasaan yang wujud terhadap permainan ini. 

Ps-part two will coming up soon :)

Wednesday 25 November 2015

deepest in my heart

Assalamualaikum.
Sejujurnya aku cakap, aku benci dengan putaran masa sekarang yang terlalu pantas. bukan apa. terlalu obvious yang dia yakni masa amat mencemburui aku. sedar tak sedar, dah minggu ke sebelas aku di sini (uitm). bermaksud ada lagi sebulan atau dua bulan kalau campur dengan minggu final sebelum sem 4 ini berakhir. Bukan apa, aku faham siapa-siapa pun kalau berada dalam zon selesa, tak ada stress, mereka taknak keluar dari zon tersebut. begitu juga aku. tapi dalam kes ini, ramai berharap sebaliknya, yelah tak sabar nak tunggu cuti dan habiskan masa dengan keluarga. sapa yang tak nak kan.

jadi motif nya entry ni senang je, aku nak mencari idea macam mana cuti sem aku tu nanti jadi produktif dan bermakna. berikut adalah option yang sedang aku fikir untuk dipertimbangkan.

1) kerja. aku memang ingat nak kerja, nak kumpul duit pergi travel, tapi faktor rumah pulak. kalau rumah aku bukan letaknya dekat kawasan kampung, mudah cari kerja. tapi letaknya jauh dari bandar, memang payah la bak hang. mana nak cari transport lagi, nak curi masa lagi, renyah la. paling tak pun kalau nak kerja, aku kerja kat kantin sekolah je lah, kalau ada orang nak pakai la. kalau takde, haa aku pakai plan nombor (2).

2) Hiking. hiking ni lama dah aku idam sebenarnya. aku ada la berangan nak ajak uda and the geng, kumpul geng, set masa, panjat gunung bubu. gila kau. gunung pilihan hardcore hikers tu, kat belakang rumah je, bukan anak jati kuala la kalau gunung bubu pun tak panjat. tapi masalahnya, kalau panjat gunung tu, kau kena camping, sebab tinggi dia ambil masa sehari untuk sampai ke puncak. kalau aku lelaki, memang takde masalah, tetapi aku perempuan, kalau aku pergi tak bagitahu ayaho boleh je,

tapi masalahnya uda tu kawan angah, Dia confirm akan bagitahu angah. confirm. angah lak mesti bagitahu ayahcho punya. tapi aku ni jenis, kalau aku nak pergi, aku tak minta izin, aku terus cakap, minggu ni nak pergi hiking. and you know what the conversation will run in cold mode for hours, kadang-kadang ayahco akan cakap 'okay ayahco bagi tapi dengan syarat ini kali terakhir...'
and kadang-kadang juga ayahco akan cakap,
'ayahco tak bagi bahaya la awak dah la perempuan, mana nak jaga solat lagi, aurat lagi, ikhtilat lagi,'
so tahulah betapa frust nya hidup aku kan waktu tu. so kalau ayahco tak bagi, bermakna aku kena duduk di rumah tanpa buat apa-apa. so aku fikir option (3).

3) writing. ini sebenarnya hobi aku kalau yang jenis indoor ni. aku akan duduk pandang dinding, lapik punggung dengan kusyen dan mula menaip. Ini sebenarnya hobi aku kalau terseksa dikurung. bukan aku kata aku tak suka menulis, suka tapi kena ada bahan induction untuk menulis macam you know, kalau terkurung je sepanjang hari di rumah, otak tak membiak, sel tak berkembang, apa je kau nak tulis? mahu ke nak datang idea tu? jadi itulah maksud aku. manusia akan excited untuk menulis kalau ada something happen to him/her yang dia rasa patut share on public atau save as diary.

okay berbalik pada idea aku tadi, aku akan sambung menulis draf-draf dalam folder laptop yang tak sempat aku siapkan sem lepas. kemudian aku hantar dekat publisher-publisher yang sesuai. kemudian kalau aku rasa dah fed up sangat dengan life dan penulisan aku, aku akan buat option (4).

4) online. online ni terpaksa jadi option ke empat la, sebab rumah aku tak ada internet. so kena pergi cyber cafe, online. kalau ada rajin sikit, awal pagi aku pergi sampai tengahhari duduk situ, main games, facebook, twitter, dan cari iklan pertandingan penulisan kreatif dan sewaktu dengannya. tak boleh sampai petang, budak sekolah dah kerumun. malas pulak rasa nak imbau zaman sekolah bila nampak diorang. so lebih baik balik, singgah gerai tepi jalan tu, beli goreng pisang RM3 dengan air jagung dua bungkus, satu ada ais, satu lagi tak ada ais, kemudian straight aku bawak pergi rumah makyong dan tolong dia buat kerja rumah apa yang patut.

sekarang aku rasa mesti korang tahu kan kenapa aku tak suka bila masa berputar terlalu laju ni. aku sayang life aku yang sekarang, ada masa pergi kelas, ada masa cuti, ada masa melepak, ada masa shopping, tapi kalau cuti sem, aku takda kawan untuk semua tu. almaklum la, rumah aku siang-siang mana ada orang. sebab kebosanan bersendirian tu buat aku jadi tak suka nak habiskan masa dekat rumah. kalau malam pulak, masing-masing dah penat nak bersembang, bergaul dan sebagainya so macam mana aku nak adapt dalam keadaan macam ni hari-hari kan. sebab tu aku harap sangat cuti sem yang akan datang ni jadi cuti sem yang paling tak bosan sepanjang sejarah cuti sem yang aku lalui.




btw never underestimate people even your family.
and always be thankful for what you have.
lots of love, syekina.

Tuesday 27 October 2015

ALLAH SEBAIK-BAIK PENJAGA

bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. dah lama tak update blog ni. Almaklum, sibuk dengan tanggungjawab sebagai pelajar degree memang susah nak disiplinkan diri antara belajar dan hobi. ini pun aku curi jugak masa nak menulis entry ni sebab tangan aku gatal nak menulis. kepala aku menjerit-jerit memuntahkan ayat-ayat yang memaksa aku untuk menulis jugak. kalau tidak, sia-sia lah apa yang berlaku baru-baru ni. sebab orang kata, kalau momentum tu tengah ada untuk buat sesuatu, buat lah. tak payah tunggu sesiapa, mana tahu nanti dia taknak datang lagi.

jadi aku cerita la serba sedikit tentang kisah yang berlaku minggu lepas memandangkan tengah high nak menulis kan.

baru-baru ni aku join khadijah dengan puteri pergi family day dekat A Famosa Villa, Melaka anjuran NGO yang khadijah join (tak payah bagitahu la NGO apa yek).

memang seriusly best gila sebab kat villa tu ada swimming pool, so kitorang apa lagi, berjimba sakan la mandi dengan berjenis style, punya la happy sebab tempat tu private satu kolam, satu vila, dan satu vila satu jantina. haha so bayang kan mandi dengan bebas nya tanpa perlu risaukan aurat terdedah. then percutian selama dua hari satu malam tu, berakhir dengan moment yang sangat indah bila henset penuh dengan gambar-gambar selfie kami semua.

malam tu, di rumah, aku dengan housemate rasa lapar KFC. so lepas maghrib aku plan dengan aini pergi ke rasah nak beli KFC naik motor. aini bawak sebab dia ada lesen. sampai di depan KFC, tutup pulek. sebab ada renovation.so kami pun apa lagi, dalam masa 5 saat, masing-masing buat keputusan pergi seremban. bayang kan seremban dengan rasah, bukan dekat. ada lah dalam 7 km. tapi sebab lapar, ikut kan je lah tummy yang meragam macam nak gila ni. padahal boleh je makan pizza ke, tomyam ke, maggi ke, tapi nak jugak KFC.

Takpelah, Aku tunjuk jalan, Aini pandu. Sampai kat seremban, terus beli KFC. 5 set snack plate kami beli. Nak dijadikan cerita, hari hujan. tunggu la kejap sementara hujan reda. bila dah agak reda sikit, kami pun balik lah.

kat atas motor, hujan lebat balik. tapi takpelah, yang penting nak sampai rumah cepat. kemudian kat depan ada traffic light, aini nak tukar lorong, entah macam mana ada pulak lubang depan dia, dia elak, jalan licin, pom, dua-dua jatuh. mujur Allah jaga, time tu lampu merah, so semua kereta dalam mode slow. bayangkan kalau lampu hijau, mau blog ni tak bertuan. nauzubillah. tapi Allah sayang lagi kami so kami jatuh cuma luka-luka sikit la. alhamdulillah ada la yang tolong betulkan motor semua. KFC memang dah penyek. air habis berterabur. maruah memang tolak tepi dah. takde lah malu-malu kucing ke, muka ketat je semua. terkejut punya pasal.

when one in trauma, others must take the turn. Aini memang senyap dah. aku disebabkan naluri kewibawaan tu tinggi, demi sebuah ayat 'aku takde lesen' sebagai lesen aku takut nak bawak motor, terpaksa diketepikan. bayangkan first time kot bawak motor kat jalan bandar besar macam tu. banyak pulak kereta. lorong kemain pening sampai 4 sekali. dulu kat kampung, dua je la paling banyak, itupun nak seberang jalan bukan main cuak. ini. haih, takpelah. aini pun jari macam crack je aku tengok. takleh nak bengkok. so aku take turn, bawak motor. aku doa lah moga Allah jaga lagi. jumpa petronas kami berhenti, menggigil gila. hujan lebat. kaki sakit teruk dah. masing-masing buntu. jauh lagi nak sampai rumah.

aku fikir kalau ayahco tahu aku merayau-rayau dalam hujan dengan takde lesen nya bawak motor tengah-tengah malam pulak tu, mau datang nya seremban pick up aku. cewah. hahaha. takde nya confirm kena marah.

kemudian agak dah reda sikit, kami meneruskan perjalanan. tiba-tiba syok-syok aku bawak motor, aku perasan 'tadi tak lalu pun jalan ni,' sudah. sesat ke apa. pastu kami berhenti dekat bustop. kiri-kanan hutan. otak aku ligat pikir, kat mana ni, terlepas simpang la ni, kena buat u-turn, tapi aku dah macam tak boleh dah nak bawak motor. tiba-tiba rasa takut nak teruskan jalan. aini senyap je. sebab dia tak tahu jalan. badan kami dah menggigil sampai ke tulang sum-sum.

aku pulak leh pikir sorang je, kak wardah. sebab dia ada kereta. boleh dia tolong ambil kami kat situ. at least takdelah kami ni terumbang-ambing macam menyerah diri dekat penjahat yang lalu lalang. tunggu punya tunggu, 15 minit baru sampai kak wardah. rasa nak nangis sebab at least jumpa orang yang kami kenal dekat nowhere yang macam nowhere lah sangat sebab malam kan. so kak wardah bawak kereta, aku follow belakang dengan aini (aku suruh aini naik dengan kak warah tapi dia taknak, susah biar sama susah, katanya la, so aku pun takpelah) akhirnya sampailah kami ke rumah dengan KFC yang penyek dan basah bersama badan yang calar-balar.

sampai di rumah, kena marah dengan housemate sebab keluar pukul 8 balik pukul 11 malam. lepas tu incoming call dari diorang semua tak jawab. haha.tapi takpelah mula-mula je kena marah, lepas tu semua pakat gelak. makan KFC tu pun rasa tu lah KFC paling nikmat sepanjang berpuluh-puluh kali makan KFC. hahaha.

so pengajaran dia kalau dah malam tu, mengidam ke apa simpan untuk esok. bayangkan bila malang menimpa, tak ke menyesal. aku cakap menyesal ni sebab housemate aku dapat instinct kami ni dalam kesusahan then dia berdoa mohon Allah lindung kami sebab kalau terjadi apa-apa contohnya mati ke, mesti dia menyesal gila sebab kami mati sebab KFC dan antara lima set tu, salah satunya dia punya...
memang dramatik macam drama TV3 tapi kalau nak terjadi, boleh je jadi. jadi itu sahaja lah kisahnya. direct but still can put a smile on my face every time i remember it. mana boleh lupa, luka ngan sengal badan ni pun masih lagi berbekas dan terasa-rasa. haha such a sweet moment in a bitter moment in a most sweetest week.

Wednesday 9 September 2015

AYAH 5

Hari pertama di universiti. indah melihat ramai orang seperti dia. terkial-kial mencari auditorium Nadi Putera. pagi ini ada perjumpaan di situ bagi pelajar baru dengan Ketua Penyelaras Program.
untuk semester pertama ini, indah dapat kolej. jadi tidaklah susah payah dia duduk rumah sewa walaupun pada surat tawaran tertera bahawa dia tidak dapat kolej tapi ternyata setelah datang ke pejabat kolej, permohonannya berjaya. jadi rumah sewa yang sudah dicop awal-awal sebelum hari pendaftaran terpaksa di'cancel' dan duit deposit terpaksa di'burn'. walaupun indha tidak bersetuju tetapi dia terpaksa jua merelakan atas alasan duit tersebut untuk membayar ganti rugi kerana tidak jadi masuk. tuan rumah kerugian kononnya kerana tidak ada penyewa. indha tidak puas hati lagi, tapi bila mengenangkan dia ingin memulakan hidup baru di tempat baru dengan aman, dia relakan je lah. takkan hari pertama lagi dah ada musuh, padahal course dia ni banyak lagi benda yang kena fikir.

bak kata opah nya, "hidup ni kita kena buat baik ngan semua orang, kalau orang buat jahat ngan kita takpe, kita doa je supaya mereka dapat hidayah. hal-hal lain biar Allah sahaja yang membalas."
opah terlalu positif. semua kata-kata nasihat darinya Indha telan. sebab opah memang manusia yang paling indha sayang didunia. tiada manusia selain opah yang setiap kata-katanya amat menenangkan, gerak tubuhnya sangat terkesan dan jiwanya yang sangat lembut. semua itu ada pada opah yang takde pada orang lain.

semalam indha balik naik bas sambil disaksikan opah dan pak malik merangkap jirannya sewaktu bas berlalu. sepanjang perjalanan indha menangis sebab rindunya pada opah sangat mendalam walaupun baru beberapa saat dia meninggalkan opah. dia masih ingat lambaian opah padanya, bukan lambaian selamat tinggal tetapi lambaian semangat, seolah-olah berkata, opah bangga dengan kau indha, sambil tersenyum lebar dan meyakinkan.

"eh awak, awak, boleh saya duduk sini?"

indha tersentak, dilihatnya seorang lelaki berkaca mata, bertubuh gempal, tersenyum padanya.

"oh hmm sila, sila" balas indha sambil membalas senyumannya.

"awak course apa?" soal lelaki tesebut.

tika itu pelajar baru masing-masing mula mencari tempat duduk. kelihatan seorang lelaki sedang men'set up' peralatan teknikal di hadapan. beberapa pensyarah juga turut melangkah ke kerusi yang disediakanI indha tidak sedar sebenarnya sambil berjalan dia mengelamun sehinggalah sampai di tempat duduk yang dia duduk sehingga tersedar dari lamunan bila disoal lelaki itu.

"math comp" jawab indha.

"wauu masscom? serius?" buat mata lelaki itu memandang indha.

"bukan masscom, math comp, matematik komputer," indha menjawab. haih gila la laki ni.

"oh saya ingatkan masscom, kalau masscom saya nak nombor fon nora danish" sambil mempamer senyum miang.

indha hanya tersenyum nipis tapi dalam hati, kau ingat budak-budak masscom kumpul no fon artis apa? bengong.

"by the way, nama saya irfan." lelaki tersebut mula memperkenalkan diri dia tanpa dipinta.

indha menjeling, "saya indha."

"hmm awak hmm dulu dari diploma ke?"

"takyah awak-awak la, guna aku kau je cukup."

"oh okay-okay, kau dulu diploma ke?"

"tak aku matrik,"

indha sebenarnya malas melayan tetapi bila fikir balik, dia mana ada kawan langsung kat universiti ni, mana tau irfan ni baik, muka macam baik, tapi perangai nampaklah macam hampeh sikit. tapi mana tau boleh buat kawan. indha pun bukan jenis spesies wanita yang malu-malu dengan kaum tersebut. dia jenis tak kesah. semua asal boleh buat kawan, dia kawan. yang sombong, lelaki ke perempuan ke, dia surrender. malas nak terhegeh-hegeh.

jadi sejak hari itu dia jadi rapat dengan irfan. irfan juga ambil course yang majornya math tapi bukanlah minor fizik macam dia, jadi sedikit sebanyak subjek mereka sama dan boleh dibuat kawan untuk share-share soalan kuiz apa yang masuk dan passing-passing jawapan assignment untuk dihantar walaupun pensyarah lain-lain tapi subjek sama.


bagi indha ini bukan menipu, tetapi strategi. strategi untuk berjaya di bumi yang dipijak. walaupun strategi ini bertentang dengan salah satu theory of truth, teori keserasian. iaitu teori kebenaran yang bermaksud semua itu benar bila ramai orang melakukannya. tetapi dalam kes ini, teori dan strategi yang indha guna sangat berlawanan. indha serba salah pada mulanya kerana contohnya, dia tahu pakai tudung ikat sanggul tinggi-tinggi adalah salah tetapi kerana ramai yang melakukannya dia juga terikut-ikut dengan gaya pemakaian sebegitu. jadi berbalik kepada kes ini, indha terpaksa pejam mata bila memikirkan kawan-kawannya juga sama buat strategi yang serupa macam dia untuk berjaya. iaitu strategy to survive.

-bersambung-

Tuesday 8 September 2015

OPAH.

Tadi
Beberapa saat yang lalu
Aku tergamam
Sesuatu menyapa hidung
Bau itu.
entah datang dari mana bukan isu,
Tapi seketika fikiran ku menerawang ke tahun-tahun yang lalu
macam bintang di langit sedang menari, macam tu la fikiran aku menerawang berlari.
mengutip kenangan dulu-dulu.
Bersama pemilik bau itu,
Terimbau akan tetes-tetes peluh nya yang mula mengurai di dahi
tatkala matahari mencacak di kepala
sewaktu dia sedang berkebun di belakang rumah.
tanpa berselipar
dengan sebilah keri
membelah segala lalang-lalang yang meraja
dan peluh yang melekat di baju yang terletak elok di tubuhnya
menjadi sebati dengan diri itu.
Mana boleh lupa
bau yang hari2 tidur di sebelah ku
dari setiap hela nafasnya
memenuhi atmosfera kami berdua
yang ku hirup enak ke dalam mimpi-mimpi lena
bau yang sentiasa tergamit dari belakang
saat tangannya menyentuh bahu ku pegap
menahan tubuhnya yang memijak pelana motor
untuk ku bawa ke surau
selama kurang 21 tahun
bau itu yang sering menyuruhku solat
bau itu yang sering meleteriku seorang pemalas
bau itu yang sering membantut tidurku sehingga ke tengah hari
dan paling istimewa
bau yang terkulum senyumnya saat dia bahagia.
Dengan sepasang mata jernih berkaca yang mengecil,
Bersama seulas bibir berbentuk limau yang dipotong sabit dengan sebiji tahi lalat terhias di atasnya
Dan pipi yang terbonjol kemas menampakkan kecantikannya di waktu muda.
Setiap kali bahagia.
Setiap kali senang.
Itu yang terpamer.
Tapi untuk yang terakhir kali, ya sehari sebelum dia pergi
Itulah yang paling menawan
Kerana dia sudah bersedia, dan merelakan segalanya
Aku rindu kesempurnaan itu
Keikhlasan itu
Pemilik bau itu.

semoga tenang di negeri abadi sayangku. 

PERJALANAN

perjalanan itu kau aku lalui
kita lalui dengan berjuta emosi
berjuta sengsara
sampai satu tahap aku kata ‘kau teruskan, aku tak mampu,’

Di matamu terpancar riak kecewa
tapi senyum mu kau simpul buat menutup rasa itu
‘aku akan kembali kawan,’
Lalu dengan seribu impian,
Kau pergi jua.

Nun jauh di hujung mata,
Aku saksikan sesusukmu hilang ditelan bumi.
Begitu juga mentari senja
Membuatkan aku sedar, dunia semakin gelita
Begitu juga harapan ku tanpa kau disisi
Aku kecewa.
Sampai kau hilang.
Aku teruskan perjalanan ini sendirian

Sungguh aku teringat padamu sahabat,
Saban malam, sejuk menikam tulang, setiap kali itu aku terkenang dikau
Entah kau sudah berjaya atau tidak
Sungguh buat aku runsing.

Nyamuk berulang kali mencubit ku
Tiap kali itu juga aku teringat pesan mu,
Janganlah dimarah nyamuk itu,
Dia hanya ciptaan untuk menguji kita.
Sudahlah. Kita pasang api, nanti larilah dia

Aku pasang api,
Aku nampak kita
Aku nampak memori kita
Lantas untuk apa unggas berbunyi?
Kalau harapan ku pada kau sudah tiada.
Kalau harapan ku pada hidup sudah mati
Tanpa sedar sebenarnya aku menangis
Menangis kerana aku berharap harapan itu masih ada

Setiap langkah kedepan
Setiap itu juga soalan timbul dibenak
Soalan yang seakan-akan khayalan
Tapi berjaya membenamkan diri ke tanah yang ku pijak

Akhirnya aku jatuh tersungkur
Jatuh pada takdir
Jatuh pada masa lalu
Jatuh pada kau
Jatuh pada aku

Masa berganti masa
Musim gilir berganti
Pasir melayang mengikut rentak
Angin menyapa membawa salam

Tiap itu kekal di tubuhku
Menutupi aku ke lapisan terdalam
Sehingga kau ketemu aku
Aku ingin kau tahu bahawa
Ajal terlebih dahulu menyelamatkan ku.

Dan aku berterima kasih
Kerana kau sedarkan aku
bahawa pengharapan pada tuhan takkan pernah mengecewakan.
Walaupun aku sudah tiada.

Hanikeys
Ahad, 16:01 pm

25 Jan. 15, 5 rabiul akhir 1436

Friday 3 July 2015

Ayah 4

pagi itu seperti biasa, indha menyapu halaman rumah. Dedaun rambutan semakin banyak gugur memenuhi rumput di halaman.
Tidak dinafikan, cuaca memang terik sejak akhir-akhir ini.
walaupun dia duduk di kampung, tapi kesan dek operasi perkilangan yang semakin pesat di bandar memberi tempias pada kawasan luar bandar juga. tidak dapat indha bayangkan bagaimana suatu hari nanti bila kampung dia yang tenang dengan landskap gunungnya yang teguh, pepohon yang merimbun dan sungai yang jernih itu musnah pemandangannya.
apa lagi yang tinggal untuk anak-anak kecil dan generasi yang seterusnya mengenal semua ini?

indha tarik nafas. mengeluh. kemudian pokok rambutan yang terletak berdekatan pokok kekabu itu, ditenungnya lama.
 
'walau pun banyak manfaat kau bagi pada manusia, tapi manusia tak pernah sekalipun teringat untuk membalas jasamu, sabarlah wahai sang pokok, memang takdirmu begini, terimalah'

tetapi tanpa indha sedar, si pokok membalas;

'aku tak pernah mengeluh wahai manusia. hariku banyak dihabiskan untuk berzikir pada Allah, tapi aku kesian pada kaummu yang kedepan. aku takut kerana sikap manusia kini, mereka tak dapat merasai buah ku yang lazat apatah lagi untuk melihat ku secara langsung...'

lalu kedua-dua makhluk yang dihijabkan dengan kasyaf itu termenung memikirkan masa depan.

30 minit kemudian, posmen datang membawa sepucuk surat.
"surat untuk saya ke bang?"
"ha ni, nampak gaya macam surat dari universiti"
"biar betui bang?"
"ye lah, takkan aku nak tipu kot, banyak lagi kerja ni ha, ni tandatangan dulu....kim salam kat opah kau tau, aku pergi dulu"
"orait, terima kasih!"

Di bawah pohon rambutan, indha dengan tidak sabar nya membaca isi surat tersebut, tajuk surat sahaja sudah buat dia menjerit,

"opah!opah!, ni indha dapat sambung belajar!"
"opah!"

Tahniah anda telah berjaya menyambung pengajian di Universiti M dalam bidang Matematik Pengkomputeran. 

-bersambung-

Wednesday 1 July 2015

AYAH 3

indha ingat lagi, kira-kira 10 tahun yang lalu,
bagaimana reaksi opah bila tahu yang ayah dia akan kahwin lagi.
"ah, bapak kamu ni, jin apa merasuk entah, tiba-tiba nak kawen lagi, dengan janda anak tiga pulak tu, aku bukan apa, kalau nak kawen tu kawen la, tapi carilah yang takde anak. ni nak tanggung kamu, nak tanggung adik, nak tanggung anak dia lagi, banyak belanja tu, dia tu bukannya kaya sangat"omel opah sambil tangannya lagut mengacau lauk di dapur.
sebaliknya indha yang masih di sekolah rendah saat itu, terpana.
'yeke ayah nak kawen lagi?'
banyak persoalan di benaknya. tapi apakan daya dia untuk bertanya. dia masih kecil.
nak gembira atau sedih pun dia tak tahu.
"kamu okay ke indha ayah kamu nak kawen?"
tiba-tiba persoalan opah menyentaknya dari mengelamun.
"heh, ikut ayah la opah, indha nak tinggal ngan opah je" jawab indha sambil tersengih kemudian sambung membasuh pinggan yang penuh di sinki.
opah menggeleng seketika, kemudian mulutnya sambung mengomel. 
"untung kamu ilham, ada anak jenis tak reti nak bangkang." 
tapi memang itulah, indha cuma terkejut mendengar perkhabaran itu seolah-olah mendengar berita kemalangan ngeri dekat televisyen, sekejap cuma.
kemudian tiada apa-apa.
mungkin ini kesannya hidup dari kecil dengan opah buat dia hilang rasa sayang dan cinta pada ayahnya. tak macam orang lain yang ayahlah hero, ayahlah first daughter love dan segalanya yang menggambarkan betapa ayah adalah orang yang sangat hebat. 
memang seorang ayah adalah seorang yang hebat, tapi bukan ayah dia. 
ayah dia yang dia tahu lebih baik dari pakcik kasim yang menjual ikan kembung, ikan tilapia, sayur sawi dan kacang buncis lebih rm0.20 daripada harga pasaran kepada orang kampung-
mentang-mentang orang kampung tiada motor nak ke pasar, dia ambil kesempatan-
sekurang-kurangnya ayah dia jujur bilang mahu kahwin lagi, bukan begitu.
Walaupun 10 tahun berlalu, tapi itulah yang dipercayainya.
ayahnya seorang yang baik. 
sekurang-kurangnya itu satu kejayaan untuk opah kerana tidak pernah memburukkan menantunya pada cucu-cucunya.

-will be continued-

Tuesday 30 June 2015

Ayah 2

"segala yang kau buat, semua salah!" bentak ibu.
tersentak indha.
topi keledar yang dipegang hampir jatuh mencium bumi
kaki nya masih kaku ditempat yang sama.
tapi tubuhnya menggeletar.
terkejut
kepala yang tadi tunduk, terangkat dengan pandangan tidak percaya kepada ibunya
lalu dia berpaling kepada ayahnya di sudut tangga
minta di bantu
tapi ayahnya pergi tanpa kata
seolah situasi itu tidak pernah berlaku.
hatinya hancur
air matanya luruh
'ayahhh' suaranya lirih.
mana nilai kasih ayah yang mencium ubunnya saat malam berlalu, dia diulit mimpi?
mana erti nya kata-kata manis ayah saat diadu masalah kehidupan?
mana perginya nada ayah yang mendatar tapi penuh daya untuk dipatuhi?
dia buntu, keliru, kesal
rupanya memang ini sikap ayahnya selama ini.
hipokrit.
dia menangis dalam hati, kecewa.

AYAH

handphone di tangan di belek. 
call history di skrin diperhati. 
tertera perkataan ayah dengan durasi masa bercakap.
'ah semudah ini aku runtuhkan tembok ego untuk meneleponnya'
getus indha dalam hati. 
agak bertahun-tahun dia menahan rasa dari menelefon ayahnya.
bukan dia kesah pada ayahnya itu 
sakitkah dia, susahkah dia, atau sedihkah dia.
kerana selama ini yang dijaga hanyalah hati nya yang hancur
gara-gara sering ditimpa walang
semua nya kerana sikap ayahnya yang tak acuh pada dirinya selaku anak.
jadi untuk apa dia terhegeh peduli pada orang tua itu 
sedangkan dirinya tidak pernah dipedulikan. 


Sunday 28 June 2015

WARKAH RAMADHAN (II)

Bismillah
warkah ramadhan (ii) 1436H
untuk keluarga dan kenalan,
Semakin hari kehidupan saya semakin rumit. Serumit beberapa soalan kalkulus dan algebra yang tak dapat dijawab dalam test mahupun quiz. Tahun 2015 menyaksikan saya pergi nun jauh kurang sedikit ke selatan tanah melayu lebih kurang 4 jam jaraknya dari pecah batu. Bererti dua kali ganda jauh nya ke tapah. Tapi saya yakin pada prinsip bahawa hidup ini semuanya telah diaturkan adalah bersebab.
Jadi awal perjalanan saya dari rumah, sudah ditetapkan niat bahawa aku ingin menjadi sesuatu yang boleh membahagiakan keluarga dan orang sekelilingku. saya juga sedar bahawasanya peratus kekerapan untuk pulang kerumah adalah sangat rendah. Jadi tidak kisahlah sekiranya minda saya pada kala ini tidak menunjukkan sebarang tanda kesayuan kerana berjauhan dari keluarga untuk ramadhan yang pertama kali ini. Pengembaraan ini tidak semudah yang disangka, tetapi tidaklah seteruk yang  dibicarakan orang lain.

Ia sebenarnya kalau boleh diplot adalah seperti ombak dimana mudah dan rumit dalam keadaan songsang dan beselang-seli. Tapi sejauh mana mudah nya dan sejauh mana rumitnya adalah suatu yang subjektif. Contohnya masalah untuk berbicara pada rakan serumah yang kita dapat duduk kolej. itu sangat rumit sebenarnya. Sehingga beberapa kelas kalkulus yang sepatutnya saya gunakan untuk berfikir konsep perbezaan penyelesaian memplot graf bagi persamaan polar dan persamaan parametrik menjadi kelas memikir ayat apa yang paling sesuai untuk cakap dengan mereka supaya pendengarnya jadi ‘ah kau pergi saja, tak perlu fikir kami,’ tapi yang sebenarnya terjadi; tiada bicara, pandangan merayu jangan pergi, dan respon yang memberatkan kita untuk terus tinggal di situ. jadi itu masalah saya di awal semester ini.

Kemudian muncul beberapa siri ketidakfahaman, kesalahfahaman dan kebingungan ilmu dalam setiap pelajaran yang diajar oleh pensyarah. Dalam siri itu yang sepatutnya bagi seorang pelajar tiada apa yang lebih penting dari membetulkan konsep pemahaman yang salah itu selain daripada berdrama kasih dan mengulit kenangan pada mimpi-mimpi khayalan. tapi tidak pada saya. Siri2 terhitam itu semakin hitam bila terpaksa menyah hadir dari kelas tertentu atas faktor yang pelbagai. Antaranya konvokesyen graduan, temuduga pinjaman, urusan peribadi dan sebagainya. Tapi dalam kalut-kalut saya mengutuk test, dan pelbagai quiz yang menyusahkan, sedar juga yang inilah salah satu cara membetulkan kembali segala macam kebodohan ku dalam sesuatu ilmu.

Terus saya berfikir mungkin kalau aku ini seorang genius dan tiada perasaan, masalah ini celah gigi sahaja. jadi apa masalah orang-orang seperti ini? mungkin masalah bagaimana melarikan diri dari kerajaan yang ingin menjadikan mereka tikus makmal, atau masalah mengatasi kritikan ilmuwan pada penemuan baru yang dicipta. Tapi entahlah, saya bukan genius.  

Jom berbalik pada ramadhan, sebenarnya sesuatu yang indah apabila diberi Allah peluang untuk merasai ramadhan di bumi asing yang dikelilingi sahabat dan rakan taulan. Tapi secara amnya saya masih dikelilingi netizen dan bangsa yang familiar. Jadi rasa perbezaan itu adalah sangat kecil. Contoh masalah yang paling kecil di sini ialah bazar ramadhan yang kecil dan pilihan makanan yang tiada! Everyday is a same. Jadi rasa tidak lengkap itu memang amat terasa.

Tapi sebenarnya tiada masalah, oh tidak, ada masalah, tapi kecil cuma, masalah diri yang merasakan terkhianat dengan mind set sebelum ramadhan iaitu, ramadhan adalah syurga makanan. Ramadhan adalah bagaimana cara kita menghabiskan duit di bazar ramadhan. Jadi rasa terkhianat itulah yang membebani diri sendiri. jadi apa yang perlu buat, tukar sahaja mind set tadi kepada, ramadhan adalah bulan penggunaan minimum pada bajet yang ada. Tidak membazir, tidak berdosa, as simple as that. Itulah yang sedang saya buat sekarang, memujuk hati dan nafsu sendiri supaya jangan tamak dan jimat lah dalam keadaan ekonomi negara yang jatuh kini.

Jadi sebenarnya sama sahaja dimana-mana ceruk pun, semuanya berperanan dalam mendidik jiwa dan minda supaya menjadi lebih baik. saya baru di seremban, belum lagi di luar zon waktu malaysia yang cabaran puasanya lagi mencabar berbelas-belas jam. Jadi bersyukur di mana sahaja puasa anda, dengan siapa anda berbuka dan dengan apa anda berbuka, semuanya bersebab. Jadi untuk mensyukurinya, raikanlah ia dan pohon supaya terkesan hikmah disebalik sesuatu itu dalam diri.  okay sampai sini sahaja coretan warkah ramadhan untuk 1436 hijrah ini. semoga ramadhan yang kita lalui ini dapat menjadi batu loncatan untuk kita berubah menjadi lebih baik. INSYAALLAH! lot of love, dekna.

Saturday 9 May 2015

CERITA CINTA AKU UNTUK AKU.

jah pernah kata dia harap dapat pakai kereta pun, sebab menang cabutan bertuah.
tapi sekarang dia dah ada kereta.
bukan sebab cabutan bertuah, sebab dia memang bertuah
aku pun nak jugak menang cabutan bertuah.
tapi tak la sebesar impian kereta jah.
kecik je,
kecik sangat, mampu je nak beli dengan duit yang ada sepuluh pun boleh,
tapi ada yang lagi penting selain benda tu
so aku tunggu cabutan bertuah jugak.
tapi malangnya ada ke cabutan bertuah bagi buku?
buku tulis mungkin la ada.
begitu juga buku motivasi skema.
tapi nak jugak buku tu.
harap-harap lepat ataupun dubook press ada buat kontest bagi free buku tu ke, aku sedia jadi pemenang. haha

#terimakasihsibabihutan