Sunday 9 November 2014

jangan hakimi dia

assalamualaikum :)

dont judge book by its cover

korang mesti selalu dengar kan? agak cliche tapi inilah yang selalu dibuat oleh kita semua tanpa kita sedar. kita terlalu memilih unsur luaran sebelum memilih untuk menilai apa y ada didalam. 

"dia jahat, dia kejam, tapi...kau bayangkan, hidung dia, mata dia, kulit dia, mana mungkin aku nak tinggalkan dia" ahh, begitu pula. kecantikan y dia ada y pada pandangan kita (perempuan), berbeza, dilihat sebagai satu kuasa y agung y bisa menundukkan hati lelaki. hebat sangat ke sampai berlambak produk2 kecantikan kat luar sana tu ?

nah. ini y aku cuba nak cakap. cantik, tak bermakna dunia ni dia punya, hodoh tak bermakna dia bakal penghuni neraka. hey sedara tolong lah ubah mentaliti tu sikit. selama ni hidup bawah tempurung ye? sekali sekala keluar dari tempurung tu, tengok langit. jadi burung. luaskan pandangan itu. bukan suruh kau bunuh diri ke apa, tapi dunia sekarang makin mengancam kepada hukuman tanpa batas kepada manusia y punya kekurangan. dari kekurangan itu mereka mengambil kesempatan mencipta nama. 

caranya mudah, mula kutuk, condemn, maki kau sampai terasa 'aku takda tempat disini '. kemudian iklankan kat tv dengan ayat yang sedap2 yang manis2 yang palsu2 yang sebiji kena kat diri kau konon memberi harapan yang pasti palsu 100 peratus bersama testimoni yang sangat2 positif bersama perbandingan gambar y jelas menipu. 

kemudian kau y tengok ni, melompat dengan 1001 aksi ala2 ninja turtle capai segala buku bank y pasti bersungguh2 untuk dptkannya. 

dua bulan kemudian. sungguh kau cantik gila. semua terkejut. kau pun jalan menonggak dada. kalau y perempuan, seksi gebu. kalau yang lelaki, sado, hot, licin. cuba kau berhenti pakai produk tu, atau tukar produk lain, apa jadi ? 
cantik lagi ke ? 
duit dalam poket tu adakah kering, atau terlebih ?
itu lah dia tujuan mereka. mencari dan mengekalkan sumber kewangan. kalau berhenti kau hodoh, kalau tukar lagi hodoh. dan akhirnya mati bunuh diri. 

jadi semua ni bermula dengan pemikiran. kalau semua manusia tidak pandang rendah pada yang hodoh, tidak maki pada yang gemuk, tidak buli pada yang bodoh, memang yang hodoh jadi cantik, y gemuk jadi bahagia, yang bodoh terasa dilindungi. 

cukup lah kita sendiri yang meletakkan diri di tempat mereka. naluri kemanusiaan tu automatik wujud. dan rasa kasih untuk melindungi tu inshaAllah akan terbit dlm diri. Secara tak langsung, orang sekeliling kita punya nafas untuk terus hidup kat dunia ini y mereka rasa bagai tak layak menghirup udara disini.  

kita sendiri tiada idea bila nyawa akan ditarik, sudah menghukum bunuh sebilangan manusia?
hakikatnya syurga atau neraka bukan kita punya. masih ada hati berlagak dewa.

bahagia, cantik, baik semua tu subjektif. Allah cipta berbeza-beza seiring dengan penilaian manusia y berbeza-beza. sebab tu kalau y cantik jangan terlalu membangga macam kau laku sangat, pada y hodoh jgn terlalu merendah diri sampai tak tahu beza malam ke siang. 

put yourself on middle of line. not more to left or more to right. kat situ kau akan nampak. tak semua benci kau. tak semua sayang kau. tapi ada y boleh terima kau.  
sebab tu jangan mudah2 menghakimi manusia dari sudut luaran. kaji dulu jiwa dia. mana tahu dia penolong kau untuk melepasi ujian dunia yang penuh pancaroba ini? wallahualam 

satu walau bilangannya kecil, tapi kesannya mendalam pada banyak jiwa. inshaAllah. 

Sunday 2 November 2014

bab 1: enigma

dia lihat sekeliling. 
sepi. angin malam menyapa manja.
bersiul tanpa irama. sama. 
sekali sekala dia menguis tengkuk yang meremang.
bagai ada tangan ghaib yang menarik-narik romanya.
kadang2 terbayang-bayang jelmaan ifrit melayang-layang di kepala.
kadang2 bagai terdengar-dengar suara kenakalan 'mereka' bermain.
entah mahu menganggunya atau sekadar bercanda. 
dia tidak tahu.
tapi dia tidak peduli.
sudah lali dengan kawasan itu, sudah lali dengan permainan jin.
lagi pula dia tiada pilihan. suka atau tidak, dia terpaksa akur.

dengan helaan nafas yang panjang, dia mula menggali tanah. mulutnya terkumat-kamit membaca segala jampi serapah. mohon dilindung dari sebarang puaka. 

dua jam kemudian, dia siap menggali. baju di badan sudah hilang. dibuang akibat kepanasan. sementara menunggu pak kasim dan matain dtg, dia melepaskan lelap di bawah pokok meranti. pelita minyak tanah pula semakin malap dek hampir kekeringan minyak. 

kemudian dia tersedar. lenanya terganggu. dikejutkan sesuatu.

'ah sudah dia mahu bermain denganku! ' desis hati nya.
bersama pelita yang malap, dia suluh ke sekeliling. berkerut2 mukanya mencari bedebah y ganggu tidurnya.
'uuuu uuuu!' kuat beralun.
'bunyi apa tu?' bisik dia y bernama jailan dalam hati.
'matain!' 'pak kasim!' jailan menjerit memanggil nama rakannya.
tapi bunyi itu menyahut. makin lama, makin kuat. bagai mendekat sangat pada jailan.
'cis, mana pula bedebah ni, penipu. ah baik aku berambus! '
cepat2 dia keluar dari kawasan itu sebelum teragak2 berlari lebih laju. barang2 milik nya semua dipungut. takut ketahuan oleh orang kampung.

di atas dahan pokok meranti, tertenggek satu makhluk gelak galak melihat tingkah jailan. dia lah yang mengganggu jailan. niatnya untuk mencari makanan tergendala bila melihat jailan leka menggali liang lahad. melihat jailan berlintang pukang lari, makin kuat gelaknya diiringi hilai tawa. hodoh.mata tanpa kelopak, tersembul keluar, dengan gigi bertaring-taring panjang kehitaman, rambut mengurai kusut. bahkan hanya kepala sahaja tergantung-gantung tanpa badan dan kaki.

'hee hee hee' hilanya galak sambil terbang menuju suatu arah dan hilang ditelan pekatnya malam.

subuh keesokannya, kawasan tanah perkuburan itu menjadi tumpuan.
semua ternganga melihat mayat yang baru satu malam ditanam hilang.
tidak tahu siapa punya angkara, tiada sebarang tanda melainkan sehelai baju putih bercampur tanah dijumpai.

dari kejauhan berdiri jailan resah memerhati mereka. 'celaka, baju aku!' rengus nya sambil mengetap bibir.

-bersambung-


Saturday 1 November 2014

jodoh

yosh !
tajuk entry ni macam best je kan? jodoh. haha. aku bukan peramal nasib or what. tapi aku cuma share apa yang aku tahu, pendapat aku dan even my crush ? aha oh no. i dont have any. i just used to like him secretly but it disappeared. bush.

betul jah kata, kalau kita suka seseorang tu cuba jauh kan diri dari dia. saat tu kita tahu la, perasaan kita kat dia sebenarnya apa. seriously, dah lama2 ni, i am never stalk him on fb, and sometimes whatsapp! haha just nak tengok dia punya last seen bila. aha. tengok cuols nombor talipong dia pun i save tau padahal tak pernah borak pun. such a loser. kan? tapi alhamdulillah, sekarang aku memang tak ada one of kind feeling towards him. its over, btw, bukan jatuh cinta, cuma minat pada gaya dan tingkah dia, tu saja :))

ok lah. tajuk di atas sambung lain kali la ye. malas pulak nak teruskan menaip ni. nak dekat asar, aku rasa nak tidur kejap. ok bye2 lovely reader sekalian. 

Thursday 30 October 2014

bahagian 1: awan mendung


banyak. kau buat kami hilang arah.
banyak kau buat kami tidak tenteram
banyak kau buat kami hilang maruah
banyak kau buat kami hilang identiti

tapi kami usaha
kami peduli
kami tak pernah putus asa

sebab ? harapan kami. 
biar kau besar, kau tidak disisih
biar kau besar kau tidak dipijak
biar kau besar kau tidak dimaki

akhirnya kau membesar seiring waktu.
banyak y kami syukuri 
terutamanya perubahan tingkahmu
walau pun tidak semuanya, tapi kami hepi. 

kau tahu apa kami rasa bila kau dikhabarkan hilang?
kau tahu apa kami rasa bila kau dituduh mencuri?
kau tahu apa kami rasa bila kau ditahan polis?
kau tahu apa kami rasa bila kau diberitakan mati?

yaAllah. berat. 
saat semua tidur, kami berjaga
saat semua gembira, kami berduka
saat semua makan, kami kelaparan

tapi terima kasih, sebab rasa itu 
kami jadi biasa. lali. tiada apa. dan kami berdaya
berfikir setenang-tenangnya,
menahan muka menampal malu
tidak mudah melatah bila ada masalah

sehina-hina kau di pandangan manusia, 
tapi kau cukup bererti bagi kami.
kau mengajar kami pelbagai rasa.
kau mengajar kami mengawal rasa
kau mengajar kami menjadi matang
kau mengajar kami sentiasa bersatu
kau mengajar kami sentiasa berpegang teguh pada tali Allah.

terima kasih aku cakap.
kau tak pernah hina dimata ini.
pulanglah.
hapuskan sengketa
kita keluarga takkan pernah terputus hubungan sampai syurga.
sebab syurga yang luas itu, cukup muat untuk kita semua.

jumaat
0211 am

Wednesday 29 October 2014

nak tunggu sampai bila ?

Assalamualaikum kesayangan :))
Entry kali ni nak tulis mengenai HIDAYAH. bukan hidayah bt samad, atau hidayah bt samsudin tu, ni hidayah Allah yang dimiliki Allah dan perlu dicari untuk meraihnya. sedangkan kita nak jodoh pun kita cari kan ? samalahjuga macam hidayah Allah ni :)

kita ni semua dijadikan ada sebab. setiap org y keluar masuk dlm hidup kita semua bermakna. kalau y jahat dengan kita tu, jgn sesekali kata, 'menyesal aku kenal kau'. jangan. sebab apa ? kau rasa ? aku taknak bagitahu sebab kalau aku bagitahu mesti y positif aje, pastu mesti korang akan kata, 'ala tulis boleh lah, senang, tp realiti kau pun sama'. haaa sebab tu aku suruh korang sendiri pikir. the best thing to make other realize is make he/she thinks. sebab kalau kita cakap, dia dengar, dengar tapi dia faham ke ? kalau dia fikir sendiri, dia akan ingat sampai bila2. inshaAllah. lagipun hidayah Allah hanya akan dtg pada orang y berfikir kan ?

tapi sebelum fikir, pastikan ia POSITIF.. maka jawapannya adalah positif :) basic law kan. tapi y basic ni la org selalu lupa.

lifeless tau kalau hidup takde ujian, takde cabaran, kau hidup untuk apa ? makan, tidur, kahwin, beranak, kerja, mati? what the point? even y non-muslim kat luar sana tu pun boleh fikir, apa tujuan aku hidup (boleh cari kat youtube, banyak vid mcm ni) kalau at the end mati. and then ? reincarnation ?
wader~~ itu semua istilah untuk org y malas. kenapa ? sebab dia taknak fikir sedalam-dalamnya tujuan dia hidup di dunia y tak lama lagi akan musnah. kalau dunia musnah apa terjadi kat dia ? dia pernah fikir ke ? aku pun pointless dia pernah fikir ke tak ?


tapi kalau dia pernah fikir maksudnya perlahan-lahan dia semakin menghampiri kebenaran (just logic thinking, maybe yes, maybe not, but im prefer yes sebab hidayah ni milik Allah. dan ia perlu dicari, ia perlu dipinta supaya kita tidak selama-lamanya hidup dlm kekufuran. tapi untuk masuk kedalam cahaya kebenaran tu, im prefer not. why? because...masing2 ada pilihan kan?:))


"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka." (surah Al-Rad: 11)


so guys, basic question. what purpose of life actually ?  ask yourself bila korang rasa jauuuuuh sangat dari tuhan dan malaaaaaaaas sangat nak buat baik.

Thursday 23 October 2014

jangan tumbuk cili itu !

wau, nice skirt!
limited edition chuolls
 yeke? tapi apsal ek aku pernah jumpa kat mana2 haritu
jeles lettew
 *skip this ad now*
                                                                                    ***
 bangun pagi, tengok kat dapur, takde lauk. biasa sebelum maksu pergi kerja, mesti lauk pauk untuk tengahhari dah siap masak kat dapur. so agak pelik la. maybe hari ni dia lambat kot. kemudian dapat mesej, 'ciknah, maksu tak masak harini, ciknah buat gulai tempoyak boleh? ikan semua bla bla (cara nak masak gulai)'.


 aku pun buat la mcm y disuruh. basuh ikan, bubuh tempoyak, masuk kunyit, bubuh air, tumbuk cili...then waktu nak tumbuk cili tu, takda y pelik pun, tumbuk je la sambil tangan lagi sebelah defend muka dari terkena percikan cabai tu. aku tumbuk, tumbuk, tumbuk sampai lumat then aku bubuh dalam periuk. oh lupa campur garam sikit.


time atas dapur tu, satu rumah berbau. harumnya masyaAllah. perut memang lapar dari pagi. tapi tahan kan jela sebab tak masak lagi. sedang tunggu gulai siap, aku bagi naufal makan. titibe tangan sakit, pedih, panas. bubuh bedak pun tak hilang (tu memang tindakan paling bijak ha ha).


dan ia berlarutan sampai aku makan nasi dengan gulai tempoyak yang first time aku buat tu. tak sangka, air tangan kita tu boleh menghilangkan penyakit. tambah2 bila sedap gilaa xD kini barulah aku faham kenapa makan kat rumah lagi bagus dari makan kat kedai. haha.


moral of story, hargai ibu anda. takde kena mengena? yeke ? sapa masak kat umah? kakak? ok hargai lah sapa2 y selalu masak kat rumah korang tu, baik kakak ke, abang ke, adik ke, mak ke, ayah ke, sebab diorang masak tu ikhlas nak bagi korang makan. malas2 diorang pun, diorang still buat jugak sebab diorang fikir tanggungjawab y dipegang.


aku bukan ckp kosong tau, aku ckp sebab aku kakak y selalu masak untuk family aku y semuanya lelaki dan suka complain. but ended up with 'kutuk2 pun licin jugak kau makan.' haha ok. jumpa lagi. bye!

Saturday 18 October 2014

till we meet again

"err hai" "sapa nama ?" tanya puteri. "sakinah" "saya puteri" saat tu dalam auditorium untuk hari pertama sebagai mahasiswa. kau tak kenal aku, aku tak kenal kau. tapi ditakdirkan sifir ABC secara random tu, buat kita kekal sampai sekarang. pelik, aku tak pernah jumpa kau waktu MDS. siyes. aku ingat, kawan rapat aku mungkin zura, atau yasmin atau atiqah bee atau zati tapi who knows, YOU and ME. kemudian kita jumpa atiqah suje y kita panggil tiq, kita jumpa khadijah y kita gelar jah. dan gaduh2 kita pun, masih boleh rapat, masih boleh memahami satu sama lain. betul la orang kata, sahabat ini bila kita selesa buat segala perkara keji selamba. haha u know what i mean. shh! then we decide every move, we do together. kita pergi lata kinjang, kita lemas. kita selamat. otw balik, kita singgah tesco beli bahan2 nak buat coleslow then baru balik. yang best nya, zura cakap 'wei, hari ni kan hari jadi x (nama dirahsiakan)'. kita pun plan sesuatu. jeng jeng jeng. siyesly, until now, rasa bersalah lagi pada mangsa. kemudian kita pergi karaoke. kita cari line kt hujung hostel siswi (sekarang gamma) atas sekali semata-mata nak download drama korea. kau ingat tak jah? time ni sem lepas. ada sekali tu time exam, jah demam. dia bangun tengah malam dia nak air. dia nampak botol put. dia ingat air apa tah, dia buang. dia tak tahu y dia buang tu air zam-zam. apa lagi jauh hati la put ngan dia. aku y tiada kena mengena ni tak tahu nak sokong siapa. kalau kata jah salah, dia tengah demam. kalau kata put, dia tak salah pun, dia mangsa. cuma terkilan mungkin. petang tu aku ajak put naik koridor atas. kat atas tu sejuk. sesuai untuk rilek2 time petang. kat situ dia luah semua rasa dia pada aku. dia nangis. aku cuma mendengar supaya hatinya lembut untuk maafkan jah. dan alhamdulilah, lepas tu semua ok. ingat lagi tak put ? time tu kita sem 2. kemudian banyak lagi agenda kita y kita susun, tak jadi, tapi y tak rancang menjadi. haha. well. manusia merancang, Allah sebaik2 perancang. sekarang tak sangka kan, kita lepas ni pergi bawa haluan masing2. takde lagi jah y suka cakap lepas, put y suka sentap (hatinya lembut), tiq y suka interrupt(kdg2 annoyed haha) dan min y suka sembang ( her bf actually haha). kepada korang, hope kita jumpa lagi, jaga diri tau. kalau nak buat benda keji tu selamba, ingat y rumate korang time tu bukan kitorang. haha inshaAllah. i will put your name in my du'a. may Allah bless all of you and all my friends ( batch 12/14 uitm tapah ). take care buddys. gonna miss you :)

Tuesday 14 October 2014

any suggestion ?

Bismillah, alhamdulillah 14/10/14 Sekarang dah last sem. alhamdulillah kurang seminggu untuk aku menamatkan pengajian di uitm tapah kesayangan ni. Lepas ini inshaAllah maybe sambung di pahang, or terengganu, or shah alam. bnyak sangat pilihan ni. aku pun pening nak pilih y mana satu. ok kalau aku pilih math comp (bachelor in mathematical computing) sama ada dekat terengganu or pahang. but i still can cosider to go if terengganu. kalau jengka, pahang, tempat tu kampung T_T...aku tanak kampung. bukan aku kata kampung tak best, or korang kata 'dia ni ajet2 budak bandar, poyo ah,' taaaaakkk! aku sebab bdak kampung la aku nak ada pengalaman duduk bandar macam shah alam tu. apa orang kata nak cuba suasana baru. lagipun apa yang penting sekarang ni pengangkutan tu mestilah mudah. kalau mudah dari rumah ke sinun (my next destination) ya Allah bersyukurnya. at least aku tayah la susah2 nak pikiaq pasal pengangkutan ni. hm. kalau aku nak shah alam, aku terpaksa apply bachelor in artificial intelligent engineering for degree. amboi, budak engin gituu..huhu...tp hard coding. pada y minat coding tu, boleh la apply course ni. aku tak minat. aku boleh perform coding ni, tapi aku tak boleh nak teruskan coding bagai ni semua. aku minat math actually. haah kwn aku semua tanak sambung math. takkan aku sorang kot kat pahang/terengganu nun. nak cari kwn balik, im tired of that ok. huh. or should i run to somewhere? abroad ? *sigh, takyah la, banyak benda aku kena settle kat malaysia ni. aku fed up ok. but~~~~~~~~~~~that was my last two days decision. and it change when i know someone apply for study abroad too :'( and he text faraAnn to apply together through responsible agency. me ----> down to deeply layer of earth.

Friday 10 October 2014

berkawan itu indah :)

Alhamdulillah. come to write (my passion ), no one cant help ;)
sebab dah lama tinggalkan kekunci dengan skrin putih cahaya tembus retina ini, aku macam nak cerita pasal....yeah pasal sohabat2 ana. tayyib!


okay di uitm ni, aku kenal ramai kawan yang tersangat la baik dan unik. bila aku kenal mereka, terfikir 'wujud juga orang macam ni...' sambil terangguk-angguk kepala. hahaha perangai pelik betul tapi serius kelakar sungguh. meh aku cerita satu persatu keunikan dan kebaikan diorang ni. kalau ada yang nak buat calon isteri ke, kakak ipar ke, awek ke, boleh pilih, sila-sila...meh...meh...dijamin perempuan!


 (1)put 
put ni orang nya comel. bambam. tapi cute! tiap kali time makan, dia ni mcm alarm, tiga jam sebelum time luncheon, contohnya, dia tanya dah, nak turun DM (dewan makan) tak ? budak ni jangan main2 ingatan dia pasal keperluan manusia yang satu tu tajam. kalau tak layan soalan dia tu, nah merajuk la dia sampai petang sebab dia cepat sensitif so kalau pada yang berkenan tu, nak ambil hati dia senang je kalau merajuk, belanja kek red velvet satu, in sha Allah, tak muncung dah :)


(2)tiq 
dia ni pelik. suka tanya soalan random. tiba2 je tanya, 'kalau kawan kau punya crush, suka kau, kau terima tak?' aku ni malas nak jawab. tak pernah terfikir pun soalan tu. so aku pun jawab la ala kadarnya. kalau dia setuju, explanation dia, tudiaa, esei bak hang. berjela. kalu tak setuju, aku lah yang akan ditanya bertubi-tubi soalan balik. hmmm. layankan jela. dia pernah tanya aku, kau suka ke kawan ngan aku? ni aku jawab... aku suka kawan ngan hang. mana boleh lupa classmate, merangkap partner, merangkap kawan baik kot. kalau kau takde dalam kelas tu, memang aku forever alone la. buat project pun sorang2 je...sob2


 (3)jah 
kalau tiq tu pelik, dia lagi pelik. tapi aku suka kacau dia. suka sangat. dia pula suka gaduh ngan put. feveret partner nak gaduh manja bagai. tapi yang si tiq pula suka buli dia. hahaha. dia macam adik la. tiq macam kaklong. aku pun lemah ngan tiq tu. shhh, haha. ok jah balik. dia ni semangat kuat. kalau dia nak, nak la. adik kan, memang macam tu prangai dia. mengada-ngada je lebih. haha. jgn mrh jah.


 (4)min 
min ni intelek tinggi punya orang. suka cakap dia ni. dah cakap tak reti nak berenti. hmm. tapi best la cakap ngan dia ni, banyak fakta dari auta. tapi antara kami dia la paling kuat merepeknya. haha. min, min. hope kau jadi pakar motivasi, ahli falsafah, ahli pemikir, atau politician. sesuai sangat kau ni memujuk dalam kata-kata. apa orang kata, retorik gitu xD


aku( tdg merah), put(hijau) n jah(dpn put) bersama jia, ili, ngan esha
kat secret recipe before annual dinner, huhu. aneyy, kek satuuuu!!!


actually, ramai lagi, tapi ni antara yang aku paaaaling banyak luang masa selama dua tahun setengah di bumi yuaitiem ni.


aku percaya kawan korang pun ohsem kan. ingat! Allah kenalkan korang dengan seseorang tu bukan saja2, tapi ada makna. sebab tu sebelum buat jahat dengan orang, ingat, 'aku akn jadi sejarah dalam hidup dia, takkan nak tinggalkan sejarah hitam dalam hidup dia kot kan'. so yang penting, behave your way, your word, bukan jadi hipocrit, but show them you know some common senses -- how to treat people well ;)


soooo, pada yang kaki kera sumbang tu, jgn takut berkawan, berkawan ni banyak faedah. or maybe you think, 'oh even im like this, but i know live my life. okay fine. but just think your hereafter. how ? spread your friend-finding, because it benefits you. and ofcourse lillahitaala (kerana AllAH). it helps you from jahannam. trust Allah, He will give you good people. just ask Him because you cant do anything on your own, even nak masuk syurga pun, malaikat akan tanya ada ke yang bermasalah ngan dia ni, so datang la orang yang bermasalah ngan kau, ambil pahala kau, kasi dosa diorang. kau nak ke? sia-sia jela kau kumpul pahala, tapi untuk orang. so kalau kau ada kawan yang kawan kerana Allah, selalu ingatkan kepada Allah, dia ni la yang akan selamatkan kau, so bergaul dan buat baik ya!


just think yourself :) okay guys sampai sini je! till we meet soon! oops, feel free, drop your comment, hihi...lavyahhh :v

Wednesday 26 March 2014

interpretasi perhatian


Assalamualaikum :)
lama x jenguk laman ni, sian kat dia. kdg2 aku lupa y aku ada blog. haha XD
hari ni xde ape pun na cerita cuma nak publish satu sajak. sajak ni aku karang lebih kurang seminggu, dan siap pada 22 february 2014. Theme dia lebih pada semangat sebenarnya. Semangat untuk change my route. so when i reread again and again, semangat tu dtg dgn sendiri. Hope same goes to you guys  :))

interpretasi perhatian
adaptasi kenangan
jangan celaru
fikir dengan wahyu
tanpa ragu, bertindak dgn ilmu
Allah bersamamu

ditempat sama ku berdiri
kawan-kawan mana? sudah pergi
pergi mencecah awan
aku pula yang masih di awangan

dia kata nak berubah
tapi ikhtiar lemah
bila nak mula ?
tangguh sampai tak sudah
akhirnya disitu juga

bila berdiri menghadap kaki langit
apa ada disana? berfikir
mungkinkah ada manusia seperti aku bertanya soalan seperti aku ?
atau ada manusia seperti robot? tiada perasaan
atau mungkin juga ada manusia sedar tanggungjawab di bumi ini?
itu tidak pasti
tapi yang pasti soalan tidak bernoktah akan lesap selamanya

wujud tekad
setiap perkara ada titiknya
dimana ? itu yang kena cari
pencarian harus dimulai
bukan dibawah bumbung
tapi dibawah burung
sesi mencari kehidupan
lebih bermakna bila ada pengorbanan

di awan atau awangan
syariat itu penting
bukan sekadar berangan
tapi selit impian
sekalipun di awan
tidak bermakna selagi tiada niat untuk turun

mencari yang hakiki
untuk hidup abadi
tidak rugi
sebab Allah dah janji
"berkelanalah kamu diatas bumi Allah yang maha luas ini..."

so how ? dia lebih pada perli kan ? i'm not psichologist but i know kaedah memerli adalah antara kaedah terbaik untuk merangsang semangat seseorang. tapi bergantung pada jenis seseorang tu kannn ... so am i, bila perli dri sendiri, memang jadi lebih SEMANGAT sebab apa ? MALU kot... hehe, ok, time's up ! i need to goooo... anyway , thanks for your drop and feel free to leave a comment :))