Wednesday 9 September 2015

AYAH 5

Hari pertama di universiti. indah melihat ramai orang seperti dia. terkial-kial mencari auditorium Nadi Putera. pagi ini ada perjumpaan di situ bagi pelajar baru dengan Ketua Penyelaras Program.
untuk semester pertama ini, indah dapat kolej. jadi tidaklah susah payah dia duduk rumah sewa walaupun pada surat tawaran tertera bahawa dia tidak dapat kolej tapi ternyata setelah datang ke pejabat kolej, permohonannya berjaya. jadi rumah sewa yang sudah dicop awal-awal sebelum hari pendaftaran terpaksa di'cancel' dan duit deposit terpaksa di'burn'. walaupun indha tidak bersetuju tetapi dia terpaksa jua merelakan atas alasan duit tersebut untuk membayar ganti rugi kerana tidak jadi masuk. tuan rumah kerugian kononnya kerana tidak ada penyewa. indha tidak puas hati lagi, tapi bila mengenangkan dia ingin memulakan hidup baru di tempat baru dengan aman, dia relakan je lah. takkan hari pertama lagi dah ada musuh, padahal course dia ni banyak lagi benda yang kena fikir.

bak kata opah nya, "hidup ni kita kena buat baik ngan semua orang, kalau orang buat jahat ngan kita takpe, kita doa je supaya mereka dapat hidayah. hal-hal lain biar Allah sahaja yang membalas."
opah terlalu positif. semua kata-kata nasihat darinya Indha telan. sebab opah memang manusia yang paling indha sayang didunia. tiada manusia selain opah yang setiap kata-katanya amat menenangkan, gerak tubuhnya sangat terkesan dan jiwanya yang sangat lembut. semua itu ada pada opah yang takde pada orang lain.

semalam indha balik naik bas sambil disaksikan opah dan pak malik merangkap jirannya sewaktu bas berlalu. sepanjang perjalanan indha menangis sebab rindunya pada opah sangat mendalam walaupun baru beberapa saat dia meninggalkan opah. dia masih ingat lambaian opah padanya, bukan lambaian selamat tinggal tetapi lambaian semangat, seolah-olah berkata, opah bangga dengan kau indha, sambil tersenyum lebar dan meyakinkan.

"eh awak, awak, boleh saya duduk sini?"

indha tersentak, dilihatnya seorang lelaki berkaca mata, bertubuh gempal, tersenyum padanya.

"oh hmm sila, sila" balas indha sambil membalas senyumannya.

"awak course apa?" soal lelaki tesebut.

tika itu pelajar baru masing-masing mula mencari tempat duduk. kelihatan seorang lelaki sedang men'set up' peralatan teknikal di hadapan. beberapa pensyarah juga turut melangkah ke kerusi yang disediakanI indha tidak sedar sebenarnya sambil berjalan dia mengelamun sehinggalah sampai di tempat duduk yang dia duduk sehingga tersedar dari lamunan bila disoal lelaki itu.

"math comp" jawab indha.

"wauu masscom? serius?" buat mata lelaki itu memandang indha.

"bukan masscom, math comp, matematik komputer," indha menjawab. haih gila la laki ni.

"oh saya ingatkan masscom, kalau masscom saya nak nombor fon nora danish" sambil mempamer senyum miang.

indha hanya tersenyum nipis tapi dalam hati, kau ingat budak-budak masscom kumpul no fon artis apa? bengong.

"by the way, nama saya irfan." lelaki tersebut mula memperkenalkan diri dia tanpa dipinta.

indha menjeling, "saya indha."

"hmm awak hmm dulu dari diploma ke?"

"takyah awak-awak la, guna aku kau je cukup."

"oh okay-okay, kau dulu diploma ke?"

"tak aku matrik,"

indha sebenarnya malas melayan tetapi bila fikir balik, dia mana ada kawan langsung kat universiti ni, mana tau irfan ni baik, muka macam baik, tapi perangai nampaklah macam hampeh sikit. tapi mana tau boleh buat kawan. indha pun bukan jenis spesies wanita yang malu-malu dengan kaum tersebut. dia jenis tak kesah. semua asal boleh buat kawan, dia kawan. yang sombong, lelaki ke perempuan ke, dia surrender. malas nak terhegeh-hegeh.

jadi sejak hari itu dia jadi rapat dengan irfan. irfan juga ambil course yang majornya math tapi bukanlah minor fizik macam dia, jadi sedikit sebanyak subjek mereka sama dan boleh dibuat kawan untuk share-share soalan kuiz apa yang masuk dan passing-passing jawapan assignment untuk dihantar walaupun pensyarah lain-lain tapi subjek sama.


bagi indha ini bukan menipu, tetapi strategi. strategi untuk berjaya di bumi yang dipijak. walaupun strategi ini bertentang dengan salah satu theory of truth, teori keserasian. iaitu teori kebenaran yang bermaksud semua itu benar bila ramai orang melakukannya. tetapi dalam kes ini, teori dan strategi yang indha guna sangat berlawanan. indha serba salah pada mulanya kerana contohnya, dia tahu pakai tudung ikat sanggul tinggi-tinggi adalah salah tetapi kerana ramai yang melakukannya dia juga terikut-ikut dengan gaya pemakaian sebegitu. jadi berbalik kepada kes ini, indha terpaksa pejam mata bila memikirkan kawan-kawannya juga sama buat strategi yang serupa macam dia untuk berjaya. iaitu strategy to survive.

-bersambung-

Tuesday 8 September 2015

OPAH.

Tadi
Beberapa saat yang lalu
Aku tergamam
Sesuatu menyapa hidung
Bau itu.
entah datang dari mana bukan isu,
Tapi seketika fikiran ku menerawang ke tahun-tahun yang lalu
macam bintang di langit sedang menari, macam tu la fikiran aku menerawang berlari.
mengutip kenangan dulu-dulu.
Bersama pemilik bau itu,
Terimbau akan tetes-tetes peluh nya yang mula mengurai di dahi
tatkala matahari mencacak di kepala
sewaktu dia sedang berkebun di belakang rumah.
tanpa berselipar
dengan sebilah keri
membelah segala lalang-lalang yang meraja
dan peluh yang melekat di baju yang terletak elok di tubuhnya
menjadi sebati dengan diri itu.
Mana boleh lupa
bau yang hari2 tidur di sebelah ku
dari setiap hela nafasnya
memenuhi atmosfera kami berdua
yang ku hirup enak ke dalam mimpi-mimpi lena
bau yang sentiasa tergamit dari belakang
saat tangannya menyentuh bahu ku pegap
menahan tubuhnya yang memijak pelana motor
untuk ku bawa ke surau
selama kurang 21 tahun
bau itu yang sering menyuruhku solat
bau itu yang sering meleteriku seorang pemalas
bau itu yang sering membantut tidurku sehingga ke tengah hari
dan paling istimewa
bau yang terkulum senyumnya saat dia bahagia.
Dengan sepasang mata jernih berkaca yang mengecil,
Bersama seulas bibir berbentuk limau yang dipotong sabit dengan sebiji tahi lalat terhias di atasnya
Dan pipi yang terbonjol kemas menampakkan kecantikannya di waktu muda.
Setiap kali bahagia.
Setiap kali senang.
Itu yang terpamer.
Tapi untuk yang terakhir kali, ya sehari sebelum dia pergi
Itulah yang paling menawan
Kerana dia sudah bersedia, dan merelakan segalanya
Aku rindu kesempurnaan itu
Keikhlasan itu
Pemilik bau itu.

semoga tenang di negeri abadi sayangku. 

PERJALANAN

perjalanan itu kau aku lalui
kita lalui dengan berjuta emosi
berjuta sengsara
sampai satu tahap aku kata ‘kau teruskan, aku tak mampu,’

Di matamu terpancar riak kecewa
tapi senyum mu kau simpul buat menutup rasa itu
‘aku akan kembali kawan,’
Lalu dengan seribu impian,
Kau pergi jua.

Nun jauh di hujung mata,
Aku saksikan sesusukmu hilang ditelan bumi.
Begitu juga mentari senja
Membuatkan aku sedar, dunia semakin gelita
Begitu juga harapan ku tanpa kau disisi
Aku kecewa.
Sampai kau hilang.
Aku teruskan perjalanan ini sendirian

Sungguh aku teringat padamu sahabat,
Saban malam, sejuk menikam tulang, setiap kali itu aku terkenang dikau
Entah kau sudah berjaya atau tidak
Sungguh buat aku runsing.

Nyamuk berulang kali mencubit ku
Tiap kali itu juga aku teringat pesan mu,
Janganlah dimarah nyamuk itu,
Dia hanya ciptaan untuk menguji kita.
Sudahlah. Kita pasang api, nanti larilah dia

Aku pasang api,
Aku nampak kita
Aku nampak memori kita
Lantas untuk apa unggas berbunyi?
Kalau harapan ku pada kau sudah tiada.
Kalau harapan ku pada hidup sudah mati
Tanpa sedar sebenarnya aku menangis
Menangis kerana aku berharap harapan itu masih ada

Setiap langkah kedepan
Setiap itu juga soalan timbul dibenak
Soalan yang seakan-akan khayalan
Tapi berjaya membenamkan diri ke tanah yang ku pijak

Akhirnya aku jatuh tersungkur
Jatuh pada takdir
Jatuh pada masa lalu
Jatuh pada kau
Jatuh pada aku

Masa berganti masa
Musim gilir berganti
Pasir melayang mengikut rentak
Angin menyapa membawa salam

Tiap itu kekal di tubuhku
Menutupi aku ke lapisan terdalam
Sehingga kau ketemu aku
Aku ingin kau tahu bahawa
Ajal terlebih dahulu menyelamatkan ku.

Dan aku berterima kasih
Kerana kau sedarkan aku
bahawa pengharapan pada tuhan takkan pernah mengecewakan.
Walaupun aku sudah tiada.

Hanikeys
Ahad, 16:01 pm

25 Jan. 15, 5 rabiul akhir 1436