Tuesday 8 September 2015

PERJALANAN

perjalanan itu kau aku lalui
kita lalui dengan berjuta emosi
berjuta sengsara
sampai satu tahap aku kata ‘kau teruskan, aku tak mampu,’

Di matamu terpancar riak kecewa
tapi senyum mu kau simpul buat menutup rasa itu
‘aku akan kembali kawan,’
Lalu dengan seribu impian,
Kau pergi jua.

Nun jauh di hujung mata,
Aku saksikan sesusukmu hilang ditelan bumi.
Begitu juga mentari senja
Membuatkan aku sedar, dunia semakin gelita
Begitu juga harapan ku tanpa kau disisi
Aku kecewa.
Sampai kau hilang.
Aku teruskan perjalanan ini sendirian

Sungguh aku teringat padamu sahabat,
Saban malam, sejuk menikam tulang, setiap kali itu aku terkenang dikau
Entah kau sudah berjaya atau tidak
Sungguh buat aku runsing.

Nyamuk berulang kali mencubit ku
Tiap kali itu juga aku teringat pesan mu,
Janganlah dimarah nyamuk itu,
Dia hanya ciptaan untuk menguji kita.
Sudahlah. Kita pasang api, nanti larilah dia

Aku pasang api,
Aku nampak kita
Aku nampak memori kita
Lantas untuk apa unggas berbunyi?
Kalau harapan ku pada kau sudah tiada.
Kalau harapan ku pada hidup sudah mati
Tanpa sedar sebenarnya aku menangis
Menangis kerana aku berharap harapan itu masih ada

Setiap langkah kedepan
Setiap itu juga soalan timbul dibenak
Soalan yang seakan-akan khayalan
Tapi berjaya membenamkan diri ke tanah yang ku pijak

Akhirnya aku jatuh tersungkur
Jatuh pada takdir
Jatuh pada masa lalu
Jatuh pada kau
Jatuh pada aku

Masa berganti masa
Musim gilir berganti
Pasir melayang mengikut rentak
Angin menyapa membawa salam

Tiap itu kekal di tubuhku
Menutupi aku ke lapisan terdalam
Sehingga kau ketemu aku
Aku ingin kau tahu bahawa
Ajal terlebih dahulu menyelamatkan ku.

Dan aku berterima kasih
Kerana kau sedarkan aku
bahawa pengharapan pada tuhan takkan pernah mengecewakan.
Walaupun aku sudah tiada.

Hanikeys
Ahad, 16:01 pm

25 Jan. 15, 5 rabiul akhir 1436

No comments:

Post a Comment