Sunday 2 November 2014

bab 1: enigma

dia lihat sekeliling. 
sepi. angin malam menyapa manja.
bersiul tanpa irama. sama. 
sekali sekala dia menguis tengkuk yang meremang.
bagai ada tangan ghaib yang menarik-narik romanya.
kadang2 terbayang-bayang jelmaan ifrit melayang-layang di kepala.
kadang2 bagai terdengar-dengar suara kenakalan 'mereka' bermain.
entah mahu menganggunya atau sekadar bercanda. 
dia tidak tahu.
tapi dia tidak peduli.
sudah lali dengan kawasan itu, sudah lali dengan permainan jin.
lagi pula dia tiada pilihan. suka atau tidak, dia terpaksa akur.

dengan helaan nafas yang panjang, dia mula menggali tanah. mulutnya terkumat-kamit membaca segala jampi serapah. mohon dilindung dari sebarang puaka. 

dua jam kemudian, dia siap menggali. baju di badan sudah hilang. dibuang akibat kepanasan. sementara menunggu pak kasim dan matain dtg, dia melepaskan lelap di bawah pokok meranti. pelita minyak tanah pula semakin malap dek hampir kekeringan minyak. 

kemudian dia tersedar. lenanya terganggu. dikejutkan sesuatu.

'ah sudah dia mahu bermain denganku! ' desis hati nya.
bersama pelita yang malap, dia suluh ke sekeliling. berkerut2 mukanya mencari bedebah y ganggu tidurnya.
'uuuu uuuu!' kuat beralun.
'bunyi apa tu?' bisik dia y bernama jailan dalam hati.
'matain!' 'pak kasim!' jailan menjerit memanggil nama rakannya.
tapi bunyi itu menyahut. makin lama, makin kuat. bagai mendekat sangat pada jailan.
'cis, mana pula bedebah ni, penipu. ah baik aku berambus! '
cepat2 dia keluar dari kawasan itu sebelum teragak2 berlari lebih laju. barang2 milik nya semua dipungut. takut ketahuan oleh orang kampung.

di atas dahan pokok meranti, tertenggek satu makhluk gelak galak melihat tingkah jailan. dia lah yang mengganggu jailan. niatnya untuk mencari makanan tergendala bila melihat jailan leka menggali liang lahad. melihat jailan berlintang pukang lari, makin kuat gelaknya diiringi hilai tawa. hodoh.mata tanpa kelopak, tersembul keluar, dengan gigi bertaring-taring panjang kehitaman, rambut mengurai kusut. bahkan hanya kepala sahaja tergantung-gantung tanpa badan dan kaki.

'hee hee hee' hilanya galak sambil terbang menuju suatu arah dan hilang ditelan pekatnya malam.

subuh keesokannya, kawasan tanah perkuburan itu menjadi tumpuan.
semua ternganga melihat mayat yang baru satu malam ditanam hilang.
tidak tahu siapa punya angkara, tiada sebarang tanda melainkan sehelai baju putih bercampur tanah dijumpai.

dari kejauhan berdiri jailan resah memerhati mereka. 'celaka, baju aku!' rengus nya sambil mengetap bibir.

-bersambung-


No comments:

Post a Comment