Sunday 28 June 2015

WARKAH RAMADHAN (II)

Bismillah
warkah ramadhan (ii) 1436H
untuk keluarga dan kenalan,
Semakin hari kehidupan saya semakin rumit. Serumit beberapa soalan kalkulus dan algebra yang tak dapat dijawab dalam test mahupun quiz. Tahun 2015 menyaksikan saya pergi nun jauh kurang sedikit ke selatan tanah melayu lebih kurang 4 jam jaraknya dari pecah batu. Bererti dua kali ganda jauh nya ke tapah. Tapi saya yakin pada prinsip bahawa hidup ini semuanya telah diaturkan adalah bersebab.
Jadi awal perjalanan saya dari rumah, sudah ditetapkan niat bahawa aku ingin menjadi sesuatu yang boleh membahagiakan keluarga dan orang sekelilingku. saya juga sedar bahawasanya peratus kekerapan untuk pulang kerumah adalah sangat rendah. Jadi tidak kisahlah sekiranya minda saya pada kala ini tidak menunjukkan sebarang tanda kesayuan kerana berjauhan dari keluarga untuk ramadhan yang pertama kali ini. Pengembaraan ini tidak semudah yang disangka, tetapi tidaklah seteruk yang  dibicarakan orang lain.

Ia sebenarnya kalau boleh diplot adalah seperti ombak dimana mudah dan rumit dalam keadaan songsang dan beselang-seli. Tapi sejauh mana mudah nya dan sejauh mana rumitnya adalah suatu yang subjektif. Contohnya masalah untuk berbicara pada rakan serumah yang kita dapat duduk kolej. itu sangat rumit sebenarnya. Sehingga beberapa kelas kalkulus yang sepatutnya saya gunakan untuk berfikir konsep perbezaan penyelesaian memplot graf bagi persamaan polar dan persamaan parametrik menjadi kelas memikir ayat apa yang paling sesuai untuk cakap dengan mereka supaya pendengarnya jadi ‘ah kau pergi saja, tak perlu fikir kami,’ tapi yang sebenarnya terjadi; tiada bicara, pandangan merayu jangan pergi, dan respon yang memberatkan kita untuk terus tinggal di situ. jadi itu masalah saya di awal semester ini.

Kemudian muncul beberapa siri ketidakfahaman, kesalahfahaman dan kebingungan ilmu dalam setiap pelajaran yang diajar oleh pensyarah. Dalam siri itu yang sepatutnya bagi seorang pelajar tiada apa yang lebih penting dari membetulkan konsep pemahaman yang salah itu selain daripada berdrama kasih dan mengulit kenangan pada mimpi-mimpi khayalan. tapi tidak pada saya. Siri2 terhitam itu semakin hitam bila terpaksa menyah hadir dari kelas tertentu atas faktor yang pelbagai. Antaranya konvokesyen graduan, temuduga pinjaman, urusan peribadi dan sebagainya. Tapi dalam kalut-kalut saya mengutuk test, dan pelbagai quiz yang menyusahkan, sedar juga yang inilah salah satu cara membetulkan kembali segala macam kebodohan ku dalam sesuatu ilmu.

Terus saya berfikir mungkin kalau aku ini seorang genius dan tiada perasaan, masalah ini celah gigi sahaja. jadi apa masalah orang-orang seperti ini? mungkin masalah bagaimana melarikan diri dari kerajaan yang ingin menjadikan mereka tikus makmal, atau masalah mengatasi kritikan ilmuwan pada penemuan baru yang dicipta. Tapi entahlah, saya bukan genius.  

Jom berbalik pada ramadhan, sebenarnya sesuatu yang indah apabila diberi Allah peluang untuk merasai ramadhan di bumi asing yang dikelilingi sahabat dan rakan taulan. Tapi secara amnya saya masih dikelilingi netizen dan bangsa yang familiar. Jadi rasa perbezaan itu adalah sangat kecil. Contoh masalah yang paling kecil di sini ialah bazar ramadhan yang kecil dan pilihan makanan yang tiada! Everyday is a same. Jadi rasa tidak lengkap itu memang amat terasa.

Tapi sebenarnya tiada masalah, oh tidak, ada masalah, tapi kecil cuma, masalah diri yang merasakan terkhianat dengan mind set sebelum ramadhan iaitu, ramadhan adalah syurga makanan. Ramadhan adalah bagaimana cara kita menghabiskan duit di bazar ramadhan. Jadi rasa terkhianat itulah yang membebani diri sendiri. jadi apa yang perlu buat, tukar sahaja mind set tadi kepada, ramadhan adalah bulan penggunaan minimum pada bajet yang ada. Tidak membazir, tidak berdosa, as simple as that. Itulah yang sedang saya buat sekarang, memujuk hati dan nafsu sendiri supaya jangan tamak dan jimat lah dalam keadaan ekonomi negara yang jatuh kini.

Jadi sebenarnya sama sahaja dimana-mana ceruk pun, semuanya berperanan dalam mendidik jiwa dan minda supaya menjadi lebih baik. saya baru di seremban, belum lagi di luar zon waktu malaysia yang cabaran puasanya lagi mencabar berbelas-belas jam. Jadi bersyukur di mana sahaja puasa anda, dengan siapa anda berbuka dan dengan apa anda berbuka, semuanya bersebab. Jadi untuk mensyukurinya, raikanlah ia dan pohon supaya terkesan hikmah disebalik sesuatu itu dalam diri.  okay sampai sini sahaja coretan warkah ramadhan untuk 1436 hijrah ini. semoga ramadhan yang kita lalui ini dapat menjadi batu loncatan untuk kita berubah menjadi lebih baik. INSYAALLAH! lot of love, dekna.

No comments:

Post a Comment