Thursday 30 October 2014

bahagian 1: awan mendung


banyak. kau buat kami hilang arah.
banyak kau buat kami tidak tenteram
banyak kau buat kami hilang maruah
banyak kau buat kami hilang identiti

tapi kami usaha
kami peduli
kami tak pernah putus asa

sebab ? harapan kami. 
biar kau besar, kau tidak disisih
biar kau besar kau tidak dipijak
biar kau besar kau tidak dimaki

akhirnya kau membesar seiring waktu.
banyak y kami syukuri 
terutamanya perubahan tingkahmu
walau pun tidak semuanya, tapi kami hepi. 

kau tahu apa kami rasa bila kau dikhabarkan hilang?
kau tahu apa kami rasa bila kau dituduh mencuri?
kau tahu apa kami rasa bila kau ditahan polis?
kau tahu apa kami rasa bila kau diberitakan mati?

yaAllah. berat. 
saat semua tidur, kami berjaga
saat semua gembira, kami berduka
saat semua makan, kami kelaparan

tapi terima kasih, sebab rasa itu 
kami jadi biasa. lali. tiada apa. dan kami berdaya
berfikir setenang-tenangnya,
menahan muka menampal malu
tidak mudah melatah bila ada masalah

sehina-hina kau di pandangan manusia, 
tapi kau cukup bererti bagi kami.
kau mengajar kami pelbagai rasa.
kau mengajar kami mengawal rasa
kau mengajar kami menjadi matang
kau mengajar kami sentiasa bersatu
kau mengajar kami sentiasa berpegang teguh pada tali Allah.

terima kasih aku cakap.
kau tak pernah hina dimata ini.
pulanglah.
hapuskan sengketa
kita keluarga takkan pernah terputus hubungan sampai syurga.
sebab syurga yang luas itu, cukup muat untuk kita semua.

jumaat
0211 am

No comments:

Post a Comment